[PENGHARGAAN BAGI ANUGERAH SANJUNGAN DESASISWA 2022]
Baru-baru ini, Majlis Penghuni Desasiswa Restu telah hadir ke Majlis Anugerah Sanjungan Desasiswa yang bertempat di H Elite Hotel, Kota Bharu, Kelantan pada 27 Januari 2023.
Anugerah Sanjungan Desasiswa (ASD) merupakan program yang diadakan untuk memberi penghargaan kepada program-program yang telah dianjurkan oleh setiap Majlis Penghuni Desasiswa dan mengangkat program-program yang terbaik dari setiap kategori.
Untuk pengetahuan semua, Majlis Penghuni Desasiswa Restu telah berjaya memenangi 3 kategori dalam anugerah yang dipertandingkan 👏🏻
Antaranya:
1. Anugerah Perdana Desasiswa Terbaik 🏆🧡
2. Anugerah Projek Terbaik Kesukarelawanan (Alam Sekitar) Life Below Water: "The Power of Youth Taking Action" 🏆🌊
3. Anugerah Projek Terbaik Pengucapan Awam
Forum Politik "Undi - 18: Cabaran dan Cadangan" 🏆🗣
Dengan kemenangan ini, diharapkan agar prestasi Desasiswa Restu dapat dikekalkan dan memberi semangat yang lebih tinggi kepada barisan kepimpinan MPDR pada sidang ini 🔥 Semoga MPDR dapat menganjurkan program yang lebih menarik dan memberi impak yang tinggi kepada penghuni dan juga pelajar USM.
Sekali Restu, Selamanya Restu 🧡
Anugerah Sanjungan Desasiswa (ASD) adalah anugerah tahunan bagi memberi apresiasi kepada program-program yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) di Universiti Sains Malaysia (USM). Desasiswa Jaya Lembaran Utama dipilih sebagai tuan rumah bagi ASD pada tahun ini dan membawa tema Oscar Award.
Bersempena dengan ASD pada tahun ini, enam kategori dibawah Anugerah Projek Terbaik telah dipertandingkan. Enam kategori tersebut termasuklah kategori Kebudayaan, Keusahawanan, Sukan dan Rekreasi, Kesukarelawanan, Akademik dan Intelektual dan Projek Terbaik Sepunya. Bersama enam kategori ini diselitkan juga dengan anugerah Elit dan Eksekutif terbaik daripada setiap desasiswa. Akhir sekali, tidak lain tidak bukan adalah anugerah yang menjadi rebutan setiap desasiswa iaitu Anugerah Perdana Desasiswa Terbaik.
Dengan jayanya, Desasiswa Restu telah memenangi Anugerah Projek Terbaik bagi kategori Sukan & Rekreasi dengan projek yang bertajuk Mini E-Sport Festival: Game On ! Suasana di AC Hotel by Marriott Penang gamat dengan laungan membara apabila Desasiswa Restu diumumkan merangkul kejuaraan dalam Anugerah Perdana Desasiswa Terbaik 2022/2023, sekaligus melakar rekod baharu.
Majlis Penghuni Desasiswa Restu mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua yang terlibat dan menyokong segala program yang dianjurkan oleh Desasiswa Restu. Sesungguhnya andalah tulang belakang kepada kejayaan kami. Semoga kejayaan besar ini mampu meniup api semangat MPDR pada sidang ini untuk terus memacu ke hadapan. Sekian, salam hormat.
Mini E-Sport Festival : Game On!