Alumni

Sembang Santai 4.0- Program Diploma Entrepreneurship bersama Alumni 

Antara persoalan tentang program DEn


Bila masuk program DEn ( Diploma in Entrepreneurship) ni boleh kerja apa?

Buka gerai tepi jalan ke? Keluarkan produk makanan?

Kami tidak mahu cakap banyak! Adik-adik an ibu bapa semua  Jom saksikan video seorang Digital Marketer yang lahir daripada program DEn.






Antara persoalan tentang program DEn

Program DEn (Diploma in Entrepreneurship) ni ada Masa depan ke?

Boleh....ramai pelajar kami yang telah berjaya mencipta nama dalam bidang perniagaan. Antara bukti kejayaan program ini adalah lahirnya usahawan seperti saudara Fakhri Aiman  pemilik Pasar Mustafa  yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.

Beliau merupakan Alumni program DEN.

Dimana ilmu yang dipelajarinya sepanjang menuntut ilmu di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka dalam program DEN telah digunakan dalam membina empayar perniagaannya . Pasar Mustafa kini menjadi sebutan para penduduk Negeri Melaka kerana pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh beliau.

Ini adalah salah satu cerita kejayaan para pelajar program DEn...ada ramai lagi yang telah berjaya melalui program DEn.


Ucapan Alumni DEn sempena majlis konvokesyen KPM 2023

Kisah kejayaan alumni DEn: Muhammad Azinudin Bin Aizal(Pengasas SkyHigh Studio