Entrepreneurial Activities

JUMPSTARTING SOCIAL BUSINESS AMONG MARA ENTREPRENEURS

Keusahawanan sosial merupakan satu pendekatan inovatif ke arah mentransformasi sosial masyarakat agar mengambil apa jua peluang dan kesempatan bagi menambahbaik sistem serta menginovasikan pendekatan baharu untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat sekeliling.

Ikuti Forum Keusahawanan Sosial bersama panel jemputan yang terdiri daripada pakar dan pemain industri dalam bidang berkaitan secara langsung menerusi Facebook Majlis Amanah Rakyat pada 22 November 2022 (Selasa), jam 8.30 pagi.


Majlis Perasmian Karnival Perabot FITEC Tahun 2022 

Majlis Perasmian Karnival Perabot FITEC Tahun 2022 bersiaran secara langsung di tingkat 24 dan FB MARA. Kunjungi KPF 2022 yang menghimpunkan 14 orang pempamer tempatan pada 1 hingga 4 November 2022, jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Lobi Bangunan Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.

Pelbagai pengisian menarik diadakan termasuk pelancaran produk dan promosi serta jualan perabot usahawan.

Ayuh warga MARA..Jumpa anda disana!

Mari berikan sokongan pada Usahawan kita!


KESIDANG NIGHT MARKET (6 JANUARI 2023)

Pembukaan tahun 2023 dimeriahkan dengan Program Kesidang Night Market yang dianjurkan oleh Majlis Kolej Kediaman (MKK) KPMBM yang merupakan Badan Kepimpinan Pelajar di asrama. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Felo KPMBM, En. Danial Fitri dan dihadiri oleh para pelajar dan pensyarah.

Program ini disertai lebih 20 gerai yang menjual makanan, minuman, pakaian dan pelbagai lagi. Kesemua gerai tersebut adalah peniaga dalam kalangan pelajar sendiri.

Selain aktiviti jualan, hadiah bagi gerai terbaik, gerai paling meriah, gerai paling cantik dan cabutan bertuah juga ada dijalankan bagi memeriahkan lagi suasana.

Dengan penganjuran program sebegini, diharapkan budaya keusahawanan dalam kalangan para pelajar KPMBM akan sentiasa mekar.

Tahniah Majlis Kolej Kediaman (MKK) atas penganjuran program tersebut!

Entrepreneurial Talk With Alumni

Program ini telah berlangsung pada 15 Jan 2023 di mana ia telah dihadiri oleh lebih daripada 300 orang pelajar KPMBM.

Program ini telah bertajuk "prepare for your future career" dikongsi oleh dua orang panel daripada alumni KPMBM itu sendiri iaitu En Muhammad Ikhmal bin Abdul Aziz dan En Muaz bin Mohd Azizul. 

Sepanjang program berlangsung pelajar telah mendapat pelbagai ilmu dan perkongsian daripada alumni. Sesi soal jawab juga menarik minat pelajar untuk bertanya tentang rahsia dan tips kejayaan sebagai alumni.

Karnival Jualan Keusahawanan Minggu Aktiviti

Pada 16 Januari 2023 sempena dengan minggu aktiviti, para pelajar daripada Program Diploma Keusahawanan telah menjalankan aktiviti pernigaan mereka.

Program sehari ini berlangsung daripada pukul 7.30 pagi dan berakhir 5.30 petang telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar KPMBM.

Tujuan utama karnival ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap bidang keusahawanan dan perniagaan. Pendedahan yang meluas tentang selok-belok keusahawanan dan perniagaan dapat menggalakkan mereka menceburi bidang ini sebagai satu kerjaya suatu hari nanti insyaallah.

Program Celik Keusahawanan YaPEIM

Al-Hamdulillah .. 11 Februari 2023, selesai program. Memang Terbaik Dan Awesomelah Para Peserta kali ini  Di Kolej Professional MARA Bandar Melaka .. Mereka Sangat Teruja Dan Very Energetic .. 💥💥?

Seramai 45 Pelajar Diploma Keusahawanan Hadir Bagi Mengikuti Kursus Celik Usahawan Yang Telah Dikendalikan Oleh Ustaz Fadzly Samin Dan Team JMG Consultant Malaysia Serta Rakan Sinergi Tuan Mohd Syafiq Bin Zainal .. 🤗🤗🤗?

Terima Kasih Diucapkan Buat Pihak Penganjur Iaitu KPM Bandar Melaka Dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Atas Kepercayaan Buat Kami Berkongsi .. Semoga Ia Bermanfaat & Dapat Membantu Bakal Usahawan Islam Yg Hebat Pada Masa Akan Datang .. 😘?

.

KPMBM's Shark Tank

KPMBM’s Shark Tank ini dijalankan pada 1 March 2024. Program ini  memberi peluang kepada pelajar semester akhir Diploma in Entrepreneurship membentangkan rancangan perniagaan (Business Plan Development – ETR2603) dan pengurusan process perniagaan (Business Process Management – MGT2733) kepada panel-panel yang dilantik.

Pembentangan ini adalah platform yang terbaik kepada pelajar-pelajar DEn untuk membentangkan hasil rancangan perniagaan dan pengurusan proses perniagaan mereka kepada panel-panel luar.

Pembentangan ini juga dapat membuka minda pelajar-pelajar DEn terutama di dalam penghasilan perancangan perniagaan dan pengurusan proses perniagaan, idea serta pandangan dari sudut perniagaan dari panel dan juga dapat menjalinkan hubungan akademik serta industri di antara pihak KPMBM, IPTA dan industri. Di samping itu, program ini dapat diangkat sebagai program setiap sesi dan dijadikan sebagai satu pertandingan di masa akan datang.

Objektif utama adalah seperti berikut: