PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
MUTIARA KATA
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga, idea dan pandangan untuk merealisasikan serta mentransformasikan semua sekolah menjelang tahun 2025 bagi mencapai matlamat, visi dan misi yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 – Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid.
Dengan sokongan kepakaran Rakan ELIT (Educational Leadership and Instructional Team) yang terdiri daripada pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Aminuddin Baki (IAB), Schools Improvement Partnership Plus (SIP+) dan Schools Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) berserta gabungan Pengetua Guru Besar (PGB) Kohort 1.0, 2.0 dan 3.0; Perak akan mampu melahirkan lebih banyak sekolah berkualiti dan kemenjadian murid menjelang tahun 2025.
Mulai tahun 2020, sebanyak 300 buah sekolah telah terlibat dengan Program TS25 di Negeri Perak termasuk 200 buah sekolah Kohort 5.0 bawah Program Transformasi Sekolah 2025.
Pemimpin sekolah yang berkesan, guru yang berkualiti dan disokong dengan penglibatan masyarakat yang progresif adalah faktor utama dalam menghasilkan kemenjadian murid sebagai pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.
Akhir kata, saya berharap dengan pelbagai sokongan dari semua pihak akan merealisasikan program transformasi sekolah kepada semua sekolah negeri Perak menjelang 2025.
MUTIARA KATA
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memartabatkan kualiti pendidikan negara seiring dengan perubahan dan tuntutan semasa dunia pendidikan di alaf yang semakin kompleks dan bersifat global.
Kejayaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dalam memacu kemenjadian murid adalah gabungan dan gandingan pemimpin sekolah yang berkesan, guru yang berkualiti dan penglibatan komuniti secara aktif melalui rakan pembelajaran. Usaha ini dikukuhkan oleh sokongan profesional secara berterusan oleh Educational Leadership Instructional Team (ELIT) atau Rakan ELIT.
Saya berharap pada masa akan datang, kejayaan sekolah TS25 yang berlandaskan rakan pembelajaran (learning partnership) dapat diketengahkan secara berperingkat hingga ke peringkat antarabangsa.
JABATAN PENDIDIKAN NEGERII PERAK,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,
30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.
EMEL : https://jpnperak.moe.gov.my,
NO TELEFON : 05-5015000 NO FAKS : 05-5277273