BUKU RENDANG TOK DAPUR KAYU:
RAKAN ELIT MENULIS...
BUKU RENDANG TOK DAPUR KAYU:
RAKAN ELIT MENULIS...
Sedulang Rempah
Selengkap Rasa
Berkongsi pengalaman suka duka sewaktu berlakunya bimbingan bukanlah perkara yang mudah untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan.
Inilah karya yang julung kalinya diterbitkan dengan mengumpul pelbagai pengalaman rakan ELIT Perak daripada kalangan IAB, IPG, SIP+, SISC+, Pegawai Meja TS25 negeri mahupun daerah.
Semoga pada hujung pengalaman ini, dapatlah dititipkan perkongsian yang bermanfaat.
~ Dari meja TS25 Negeri Perak ~
Majlis Pelancaran Buku Rendang Tok Dapur Kayu: Rakan ELIT menulis...negeri Perak telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, DPMP., PCM., Pengarah Pendidikan Negeri Perak pada 17 November 2021 di Grand Ballroom, MH Hotel Ipoh. Majlis ini dihadiri oleh semua penulis yang terdiri daripada rakan ELIT Negeri Perak iaitu Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Insitut Pendidikan Guru (IPG), Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Penyelaras TS25 Negeri, SIPartners+, SISC+ dan Pegawai Meja TS25 Daerah.
Ini adalah julung kalinya hasil penulisan kreatif Rakan ELIT TS25 Negeri Perak daripada pelbagai genre cerpen, sajak, gurindam, pantun dan ilustrasi dikumpulkan dalam satu buku hasil idea Penyelaras TS25 Negeri, Puan Zakidah bt Haji Abdullah.
MUAT TURUN BUKU RENDANG TOK DAPUR KAYU: RAKAN ELIT MENULIS... : https://anyflip.com/zwaag/xnln