Dasar Keselamatan Negara (DKN) adalah satu dasar atau teras mengenai keselamatan negara yang komprehensif bertujuan untuk mengekal, melindungi dan mempertahankan nilai-nilai teras negara dalam memastikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, aman, selamat dan berdaulat.
DKN diperkenalkan sebagai dokumen utama dalam menghadapi pelbagai ancaman keselamatan yang semakin dinamik dan kompleks. Melalui DKN , pelaksanaan Strategi-Strategi Utama akan dapat memastikan Nilai-Nilai Teras Negara dipertahankan seterusnya menjadikan Malaysia bebas dari segala bentuk ancaman, bukan sahaja yang bersifat fizikal, malah juga ancaman bukan fizikal yang mempengaruhi dan merosakkan pemikiran rakyat.
Keselamatan menyeluruh adalah suatu usaha berterusan yang seimbang dan bersepadu di setiap peringkat pentabiran kerajaan dan struktur masyarakat bagi tujuan memastikan negara terpelihara dari sebarang ancaman dalaman dan luaran demi menjamin Persekutuan Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera