Nilai teras keselamatan negara dan keselamatan menyeluruh
Nilai teras keselamatan negara dan keselamatan menyeluruh
Nilai teras keselamatan
PERTAHANAN - tindakan menyeluruh dan bersepadu memelihara kedaulatan Persekutuan Malaysia dari sebarang ancaman geostrategik melibatkan entiti negara asing termasuk proksi dan militia
KETENTERAMAN AWAM - tindakan menyeluruh dan bersepadu di dalam mencegah situasi dan tindak-tanduk melampau yang menimbulkan keresahan besar serta mengganggu - gugat kestabilan kehidupan masyarakat
KESELAMATAN POLITIK - tindakan menyeluruh dan bersepadu terhadap ancaman mengganggu struktur tonggak Persekutuan Malaysia berdasarkan peruntukan-peruntukan yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
KESELAMATAN EKONOMI - tindakan menyeluruh dan bersepadu terhadap ancaman-ancaman yang menyekat dari berlakunya secara adil
KESELAMATAN DALAM NEGERI - tindakan menyeluruh dan bersepadu di dalam memelihara keselamatan masyarakat dari sebarang bentuk tindakan yang melanggar undang-undang Persekutuan Malaysia dan menjejaskan pelbagai sudut kehidupan seharian rakyat
KESELAMATAN KESIHATAN AWAM - tindakan menyeluruh dan bersepadu terhadap pengurusan kesihatan umum di dalam negara khususnya di dalam mendepani ancaman bio-sekuriti yang membawa kemudaratan berskala besar kepada masyarakat.