Pegawai Psikologi (Kaunseling), Kementerian Kesihatan Malaysia
Pengasas Model Kaunseling TR-TAN & Platform Dar e-Hikmah
Dr. Amnah Maktar ialah seorang Pegawai Psikologi (Kaunseling) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kini berkhidmat di Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Beliau merupakan kaunselor berdaftar (K.B, P.A) dan ahli aktif Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International) dan Persatuan Kaunseling Syar'ie Malaysia (PAKSI).
Berbekalkan latar akademik yang kukuh:
Ijazah Sarjana Muda Syariah (2015),
Sarjana Kaunseling (2018),
Doktor Falsafah (PhD) dalam Kaunseling (2024).
beliau meneliti cara menyatukan kebijaksanaan spiritual Islam dengan intervensi psikologi moden dalam penyembuhan jiwa manusia. Sejak tahun 2018, Dr. Amnah telah mengendalikan ratusan sesi kaunseling profesional melibatkan pelbagai lapisan masyarakat daripada remaja, ibu bapa, pesakit kesihatan mental, hinggalah komuniti di lapangan. Pengalaman ini mengajarnya satu hakikat penting:
“Penyembuhan jiwa yang sebenar bukan hanya berlaku di minda, tetapi juga di hati dan spiritual.”
Daripada ilham dan penyelidikan doktor falsafah beliau lahirlah Model TR-TAN (Reality Therapy – Tazkiyah al-Nafs), iaitu satu pendekatan kaunseling integratif yang menyatukan prinsip psikologi Barat dan spiritual Islam.
TR-TAN bukan sekadar teori, tetapi jalan praktikal membina ihsan kendiri, mengurus emosi dan memperkukuh daya tahan jiwa dengan cara yang seimbang dan berasaskan nilai rahmah. Pendekatan ini kini diiktiraf melalui pelbagai penerbitan ilmiah, pertandingan inovasi antarabangsa serta menjadi rujukan baharu dalam bidang kaunseling Islam integratif di Malaysia.
Sebagai lanjutan daripada penyelidikan TR-TAN, Dr. Amnah menubuhkan Dar e-Hikmah, sebuah platform digital psikopendidikan yang berfungsi sebagai “Rumah Digital Jiwa Sejahtera”. Di sinilah ilmu, refleksi dan amalan berpadu untuk membantu masyarakat menenangkan hati, menyedarkan diri dan menyucikan jiwa.
Dar e-Hikmah menghimpunkan lebih 50 e-book, video, kit kendiri dan bahan refleksi berasaskan prinsip TR-TAN. Platform ini menyokong misi nasional kesihatan mental dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 3) memastikan kesejahteraan emosi dan spiritual untuk semua.
“Dar e-Hikmah bukan sekadar laman ilmu, tetapi perjalanan pulang menuju kesedaran, ketenangan dan hubungan yang lebih jujur dengan diri dan Pencipta.”
Penyelidikan PhD Dr. Amnah Maktar telah menghasilkan sebuah model intervensi kaunseling inovatif yang dikenali sebagai TR-TAN: Terapi Realiti–Tazkiyah al-Nafs. Pendekatan ini mengintegrasikan prinsip kaunseling Barat melalui Reality Therapy dengan kekuatan pendekatan spiritual Islam menerusi Tazkiyah al-Nafs. Gabungan ini dirangka untuk membantu klien membina ihsan kendiri, mengurus emosi dan memperkukuh kekuatan dalaman secara menyeluruh dan seimbang.
Panduan profesional enam sesi intervensi lengkap dengan objektif, teknik dan skrip bimbingan.
Lembaran refleksi, latihan spiritual dan jurnal kendiri bagi membantu pemulihan emosi secara sedar.
Alat penilaian untuk mengukur belas kasihan terhadap diri.
Ihsan kendiri (self-compassion) ialah sikap berbelas kasihan terhadap diri sendiri sewaktu berdepan ujian. Dalam Islam, ia berpaksikan nilai rahmah menerima emosi dengan tenang, memahami kelemahan sebagai fitrah insan dan memilih untuk memperbaiki diri dengan kasih, bukan celaan.
Sikap ini terbukti secara saintifik mengurangkan tekanan dan kemurungan, serta dari sudut spiritual, ia menghubungkan manusia lebih dekat kepada Allah SWT.
Kandungan di Dar e-Hikmah disediakan untuk tujuan pendidikan dan sokongan kendiri. Ia tidak menggantikan rawatan perubatan, psikologi atau kaunseling profesional. Untuk rawatan lanjut, sila berhubung dengan pakar bertauliah.
Profile Dr AM