OBJEKTIF TEMUDUGA
Bagi membolehkan majikan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan calon.
Untuk mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan jawatan.
Untuk melihat tahap kematangan dan kejujuran calon.
PERSEDIAAN AWAL
Selidik profail syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon
Ini merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.
Pastikan sijil-sijil asal dan salinan pendua sijil serta resume disediakan. Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan jawatan yang dipohon
Cuba dapatkan nama /gelaran panel temuduga
BERLATIH
Ulangkaji “hardskill“
Ini juga merupakan soalan popular yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut.
Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya
Membuat persediaan awal untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya dengan baik dan lancar. Selain daripada itu,calon juga dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu diingat calon hendaklah berlatih menjawab dan bukannya menghafal jawapan.
Rujukan Temuduga Kerjaya Ini Sesuai Digunakan Untuk Semua Jawatan Yang Dipanggil Sesi Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
PAKAIAN
Ø Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk lelaki
Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja
Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.
Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (tetapi tidak “striking”) dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Walaubagaimanapun, cara berpakaian semasa temuduga ini boleh disesuaikan mengikut etika berpakaian di tempat kerja tersebut. Pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.
Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap.
Berambut pendek dan kemas, sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.
Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.
Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan “cuff-link”. Pemakaian cincin tidak digalakkan. Pemakaian anting-anting, bertindik dan bertatoo tidak dibenarkan sama sekali.
Ø Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk perempuan
Memakai pakaian yang sepadan (matching).
Tidak memakai pakaian yang berwarna terang atau ‘striking’.
Tidak memakai pakaian seperti lelaki.
Tidak mengenakan solekan dan wangian yang berlebihan
ADAB TEMUDUGA
Ø Di Awal Temuduga
Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
Bersikap tenang dan tidak gementar;
Jangan menguasai sesi temuduga;
Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;
Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberioleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga.
Ø Di Akhir Temuduga
Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga;
Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal
TETAPI MASA
Kenalpasti lokasi temuduga
Untuk memastikan calon tiba ke lokasi temuduga pada masa yang ditetapkan. Kegagalan untuk hadir pada masa yang ditetapkan akan menjejaskan peluang calon. Kehadiran awal membolehkan calon menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat temuduga tersebut. Sebaik-baiknya calon dinasihatkan hadir 30 minit sebelum masa temuduga.
Rujukan Temuduga Kerjaya Ini Sesuai Digunakan Untuk Semua Jawatan Yang Dipanggil Sesi Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.