Saya telah berkongsikan pautan 'Google Sites' Pakej Pembelajaran Digital dan perkongsian maklum balas bersama Rakan Pembelajaran berkenaan Model Assure ini di laman web Instagram bagi memperluaskan lagi jalinan dan jaringan saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga telah menerima banyak maklum balas daripada penonton pelbagai lapisan umur dan pekerjaan terhadap Modul Pembelajaran Digital Pendidikan Jasmani ini.
Melalui peluasan jalinan dan jaringan ini, saya dapat menerima maklum balas positif mahupun negatif untuk tujuan pemantapan prestasi dan juga penambahbaikan dari segi aspek penyusunan aktiviti pengajaran, penilaian dan juga pemilihan aktiviti dan kaedah dalam mengajar.