1. Murid perlu dalam keadaan yang bersedia serta bebas daripada sebarang gangguan
2. Murid akan menonton video yang dipaparkan di bawah mengenai kemahiran menghantar aras dada dan atas kepala (lob) di Youtube.
3. Murid perlu memahami dan mengenal pasti pergerakan video yang ditayangkan.
4. Video yang ditayang mengandungi cara pergerakan mengenai kemahiran menghantar aras dada dan atas kepala (lob).
5. Kemudian, murid perlu mempraktikkan semula teknik tersebut secara berpasangan sebanyak 5 kali ulangan.
6. Akhir sekali, murid perlu merekodkan video demonstrasi mereka dan dihantar dalam Google Form yag telah disediakan
Murid dalam keadaan bersedia dan fokus
Sila tonton video "Kemahiran Menghantar" dengan teliti dan menyeluruh
Kemudian, anda diminta untuk mencari pasangan anda dan membuat hantaran aras dada sebanyak 5 kali dengan mempraktikkan teknik yang betul
Setelah selesai melakukan aktiviti menghantar aras dada, anda dan pasangan anda diminta untuk membuat hantaran atas kepala (lob) sebanyak 5 kali juga.