c3 NATIONAL CHALLENGE:

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

PertandinganPertandinganPertandinganminitPertandingan C3 National Challenge

Creative, Critical, Content

Latar Belakang

Pertandingan C3 National Challenge diadakan bagi memberi ruang alternatif kepada pelajar sekolah rendah untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan menghasilkan kandungan digital berdasarkan topik/subjek yang telah dipelajari di sekolah. Di samping itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil daya kreativiti para pelajar. CEO@Faculty Programme dengan kerjasama Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Tinggi telah diberi mandat untuk menganjurkan pertandingan C3 National Challenge 2020, Peringkat Kebangsaan.

Tarikh Mula Pendaftaran : 6 Julai 2020

Tarikh Akhir Pendaftaran : 24 Julai 2020

Tarikh Penghantaran video : 7 Ogos 2020

Tarikh Penganugerahan : Akan diumumkan

Terma & Syarat Penyertaan

  1. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada pelajar sekolah rendah Tahun 4 hingga Tahun 6 sahaja.

  2. Setiap penyertaan perlulah dianggotai oleh 1 orang pelajar dan 1 orang guru pengiring atau ibu/bapa.

  3. Tema video hendaklah berdasarkan salah satu dari lima kategori dalam subjek STEAM: Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics.

  4. Video pendek yang dihasilkan mestilah karya asal peserta dan bukan diambil dari mana-mana sumber.

  5. Video pendek yang dihasilkan juga mestilah TIDAK pernah digunakan untuk sebarang pertandingan/penyertaan lain.

  6. Peserta hanya dibenarkan menghantar SATU penyertaan sahaja.

  7. Penyertaan video boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

  8. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia.

  9. Urus setia berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat pertandingan.

Hadiah Pertandingan

Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM1000 + sijil penyertaan

Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM800 + sijil penyertaan

Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM500 + sijil penyertaan

Anugerah Khas Juri : Hadiah bernilai RM300 + sijil penyertaan

Anugerah Khas Industri : Hadiah bernilai RM300 + sijil penyertaan

Anugerah Video Paling Popular : Hadiah bernilai RM300 + sijil penyertaan

Sijil penyertaan juga akan diberikan kepada setiap peserta yang menyertai pertandingan ini.


Penjurian

  1. Juri yang dilantik akan menilai karya peserta berdasarkan aspek seperti berikut:

    • Kandungan kreatif dan penceritaan

    • Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah

Bonus : Aplikasi kehidupan sebenar

  1. Hadiah kepada pemenang akan disampaikan dalam majlis penganugerahan secara atas talian.

  2. Keputusan juri adalah muktamad

Format Penyertaan

  1. Dengan menggunakan kreativiti, ciptakan satu video yang menceritakan tentang sesuatu topik yang telah dipelajari berdasarkan subjek : Matematik, Sains dan Teknologi, Bahasa dan Sejarah

  2. Setiap peserta akan dibimbing oleh Mentor yang terdiri daripada pensyarah universiti dan pihak industri.

  3. Video yang dihasilkan hendaklah berdurasi antara 3 hingga 5 minit.

  4. Setiap video yang dipertandingkan perlu dmuatnaik ke platform OL (Open Learning) yang akan dibantu oleh pihak Mentor.

  5. Penyertaan boleh dibuat melalui pautan Google form di https://forms.gle/4iHkQk5nQ1pzLoiw9

  6. Karya yang dihasilkan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti agama, perkauman, budaya dan fahaman politik tertentu.

  7. Tarikh tutup penyertaan 13 Julai 2020.

Urusetia Pertandingan C3 National Challenge

Tel : 012- 2002057 Email: cycle3cfp@gmail.com