Pusat Keusahawanan bertanggungjawab menguruskan kursus dan aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Ia memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang keusahawanan dan memupuk minat graduan dalam memilih profesion usahawan sebagai satu KERJAYA.

Pusat Keusahawanan PUO telah melakukan pelbagai usaha dan perancangan aktiviti bagi membolehkan pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan antaranya program keusahawanan di peringkat Jabatan, Politeknik, zon sehinggalah di peringkat kebangsaan. Usaha dan aktiviti ini bagi merealisasikan pencapaian keusahawanan dalam merealisasikan dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat Politeknik.