Inkubator Keusahawanan merupakan satu inisiatif Centre of Entrepreneurship Development Polytechnic and Community College (CEnDev) dalam usaha meningkatkan keberkesanan pendidikan dan pembangunan keusahawanan di Politeknik dan Kolej Komuniti. Inkubator Keusahawanan merupakan satu kaedah pengajaran yang memberi ruang kepada para pelajar yang mempunyai minat yang tinggi untuk menjadi usahawan dari setiap jabatan akademik bagi menjalankan perniagaan sebenar di dalam kampus melalui inkubator di jabatan masing-masing.
Inkubator Keusahawanan telah meletakkan Politeknik dan Kolej Komuniti mempunyai kaedah pengajaran keusahawanan yang bukan sahaja secara teori di dalam bilik kuliah malah secara praktikal di inkubator. Inovasi dalam pengajaran keusahawanan ini diharap mampu mencapai objektif dasar pendidikan keusahawanan negara. Seiring dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program inkubator Keusahawanan ialah pelajar, ahli akademik, pengurus serta pentadbir Politeknik dan Kolej Komuniti.
Skop Program Inkubator Keusahawanan adalah seperti berikut:
Pembangunan latihan keusahawanan
Program pembudayaan keusahawanan
Program pengukuhan inkubator keusahawanan
SENARAI INKUBATOR KEUSAHAWANAN CENDEV PUO
INKUBATOR FROZEN FOOD
MENTOR INKUBATOR FFI : PN NOOR FARAZILA
MENTOR INKUBATOR FFI : PN JULIANA
2. INKUBATOR ESPORT (KEUSAHAWANAN SOSIAL)
MENTOR INKUBATOR ESPORT : DR MAY ASLIZA
MENTOR INKUBATOR ESPORT : PN FAZLIND
3. INKUBATOR PERABUT (INKUPERA)
MENTOR INKUBATOR INKUPERA : PN AZIAH
MENTOR INKUBATOR INKUPERA : PN NOR HUSNA SHAFINI
4. INKUBATOR DREAM CAFE (Akan datang)
MENTOR INKUBATOR INKUPERA : PN AZIAH
MENTOR INKUBATOR INKUPERA : PN NOR HUSNA SHAFINI