INFO TERKINI JPK CASUARINA
INFO TERKINI JPK CASUARINA
RABU | 22 APRIL 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
🎉 [PENCARIAN AHLI PERBARISAN DAN KUMPULAN SORAK BAGI KOLEJ CASUARINA] 🎉
Merujuk perkara di atas, pihak Jawatankuasa Perwakilan kolej (JPK) Casuarina sesi 2025/2026 akan mengadakan pencarian ahli perbarisan dan kumpulan sorak bagi Sukan Antara Kolej (SUKOL) 2026.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan menjadi salah seorang daripada ahli pasukan Kolej Casuarina, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.
Syarat penyertaan:
📌 Terbuka kepada semua penghuni Kolej Casuarina UiTM Kampus Puncak Alam sahaja.
📌 Boleh memberikan komitmen sepenuhnya terhadap latihan dan perlawanan sepanjang menjadi ahli perbarisan dan kumpulan sorak Kolej Casuarina.
Bagi pelajar yang berminat, boleh mengisi pautan Google Form yang disediakan:
https://forms.gle/ztfc4YcRLAhN9UdQ7
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 JPK Laila - https://wa.me/60136493546
Sertailah dan jadilah sebahagian daripada pasukan Casuarina!!!
.
.
Sekian, terima kasih.
Exco Sukan dan Rekreasi
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kolej Casuarina
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
#JPKCare
#KitaCasuarina
RABU | 22 APRIL 2026
Assalamualaikum W.B.T,
Salam UiTM Di hatiku,
Salam Casuarina.
[ADUAN DAN TINJAUAN CAPAIAN WI-FI DI KOLEJ CASUARINA]
Merujuk kepada kenyataan di atas, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Casuarina sesi 2025/2026 sedang melaksanakan tinjauan capaian WiFi di kolej bagi mengenal pasti tahap keberkesanan serta masalah yang dihadapi oleh para pelajar.
📌 Tujuan pelaksanaan tinjauan ini adalah untuk membantu pihak kolej mengenal pasti lokasi-lokasi sebenar yang terjejas bagi menambah baik kemudahan internet demi keselesaan bersama.
📌 Semua penghuni yang pernah mengalami masalah ini di kawasan bilik atau persekitaran kolej DIWAJIBKAN untuk mengisi pautan Google Form berikut:
🔗 https://forms.gle/AFovTYqCxUa3bagX7
kami amat menghargai Kerjasama dan keprihatinan semua penghuni Kolej Casuarina bagi memberi maklum balas dalam usaha memastikan kualiti capaian Wifi di kolej Casuarina dapat ditambah baik.
.
.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kolej Casuarina
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
#JPKCare
#KitaCasuarina
RABU | 22 APRIL 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
‼️ [NOTIS PENDAFTARAN DAN PEMERIKSAAN BARANGAN ELEKTRIK KOLEJ CASUARINA] ‼️
Merujuk kepada perkara di atas, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Casuarina sesi 2025/2026 ingin mengingatkan semua pelajar kolej Casuarina untuk mendaftar barangan elektrik di platform iStudent Portal.
📌 Pemeriksaan peralatan elektrik akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
📆 Tarikh: 22 - 24 April 2026
🕰️ Masa: 8:00 pm - 10:30 pm
📍 Lokasi: Aras Bawah Blok Casuarina 2 (Siswi), Aras Bawah Blok Casuarina 4 dan Casuarina 5 (Siswa)
📌 Pelajar diwajibkan untuk MENCETAK BORANG PENDAFTARAN ELEKTRIK terlebih dahulu sebelum tarikh pemeriksaan peralatan elektrik.
📌 Pemeriksaan ini adalah WAJIB bagi semua penghuni Kolej Casuarina, dan akan dilaksanakan bersama Staf Syarikat Konsesi TRIPLC dan Fasiliti UiTM, bersama SRK dan JPK Kolej Casuarina.
📌 Diminta semua pelajar Kolej Casuarina untuk cakna dengan pemakluman ini.
.
.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kolej Casuarina
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam.
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
#JPKCare
#KitaCasuarina
INFO TERKINI PENGURUSAN UNIVERISITI/ KOLEJ KEDIAMAN
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
[PEMBUKAAN DAN PENGEMASKINIAN AKAUN ASNB (NO. UHID) KEPADA SEMUA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA UiTM]
Merujuk kepada perkara di atas, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Casuarina sesi 2025/2026 ingin memaklumkan kepada semua pelajar lama dan baharu peringkat Ijazah Sarjana Muda UiTM bagi mod pengajian sepenuh masa bahawa pelajar DIWAJIBKAN untuk membuka akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di bawah program Celik MADANI yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
📌 Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa literasi kewangan serta meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam kalangan pelajar. RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun ASNB pelajar yang berjaya membuka akaun melalui program ini.
📌 Semua pelajar juga perlu mengemas kini nombor akaun ASNB (No. UHID) melalui portal myStudent UiTM setelah proses pendaftaran dan pengesahan akaun selesai.
📆 Tarikh Akhir Pelaksanaan: 20 Mac 2026
📌 Kegagalan pelajar membuka akaun dan mengemaskini maklumat No. UHID di portal mystudent akan menyebabkan penahanan akses kepada keputusan peperiksaan.
📌 Diminta semua pelajar untuk cakna dengan pemakluman ini.
.
.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kolej Casuarina
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam.
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
#JPKCare
#KitaCasuarina
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
[PELAKSANAAN PERKULIAHAN MINGGU PERTAMA SEMESTER MAC - OGOS 2026]
Merujuk kepada perkara di atas, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Casuarina sesi 2025/2026 ingin memaklumkan kepada semua pelajar berkenaan pemakluman rasmi oleh Universiti Teknologi MARA melalui Jabatan Akademik dan Antarabangsa, bahawa sesi perkuliahan minggu pertama Semester Mac - Ogos 2026 akan dilaksanakan secara dalam talian.
Ketetapan ini telah dipertimbangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Senat bagi memberi ruang kepada pelajar menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
📌 Oleh itu, pendaftaran kolej kediaman secara fizikal akan dilaksanakan pada 28 - 29 Mac 2026 serta 4 - 5 April 2026.
📌 Diminta semua pelajar untuk cakna dengan pemakluman ini.
.
.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kolej Casuarina
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam.
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
#JPKCare
#KitaCasuarina
PAUTAN PANTAS