SESI OKTOBER 2025 - FEBRUARI 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
๐๐ป[CASUARINA KLASIK WALK]๐๐ปโโ๏ธ
Dengan ini, program Casuarina Klasik Walk telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Januari 2026, bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Aktiviti berjalan kaki ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan mental melalui interaksi sosial dan persekitaran yang positif ๐ซ
๐ธSepanjang program berlangsung, seramai 300 peserta berpeluang menikmati pengalaman berjalan secara santai sambil memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar serta menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti berasaskan kesihatan dan kesejahteraan.
๐ธSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, AJK Pelaksana serta semua pihak yang telah memberi komitmen penuh dalam menjayakan Casuarina Klasik Walk ๐น
๐ธSemoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan ke arah komuniti yang lebih sihat dan berdaya saing.
Jumpa lagi dalam program akan datang! ๐๐ป
.
.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kolej Casuarina
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam.
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
#JPKCare
#KitaCasuarina
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
๐๏ธ PROGRAM FUNVENTURES: TERIMA KASIH SEMUA! ๐๏ธ
Dengan ini, Program Funventures: Letโs Have Fun and Adventures! telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan meriah hasil kerjasama JPK Casuarina, pelajar Fakulti Pendidikan, serta Persatuan TRAINER. ๐
๐ฃ๐ปโโ๏ธ Program bertemakan Sukan dan Rekreasi ini telah berlangsung pada 4 Januari 2026 (Ahad) di Kolam Basah 8, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, dengan penyertaan sebanyak 152 orang peserta termasuk pelajar Indonesia dari Fakulti Sains Kesihatan.
๐ง๐ปโโ๏ธ Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti kayak, abseiling, zipline dan water crossing, yang bukan sahaja menguji keberanian malah memupuk semangat kerjasama dan gaya hidup sihat.
โจ Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Puan Nurul Ainun Binti Ahmad Atory atas kesudian beliau merasmikan program ini.
Jumpa lagi di program akan datang!
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Pelaksana Program
Funventures
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
#JPKCare
#KitaCasuarina
#Funventures2026
Assalammualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
๐ [CIRCLE OF BARAKAH:WADAH TAMU] ๐
Dengan ini, Circle of Barakah: Wadah Tamu telah berjaya dilaksanakan pada 29 Disember 2025 & 5 Januari 2026 dengan penuh keberkatan dan suasana yang harmoni.๐งก
๐ถ Program ini telah menghimpunkan para pelajar Kolej Casuarina dan Angsana khususnya mahasiswa semester 1, 2 dan 3 dalam satu wadah perkongsian ilmu, pengukuhan ukhuwah serta pengisian rohani yang sangat bermakna. Kehadiran dan komitmen peserta sepanjang dua hari program amatlah membanggakan dan membuktikan semangat kebersamaan warga kolej sentiasa utuh.
๐ถ Pelbagai pengisian bermanfaat telah dijalankan bagi menyemai nilai kebersamaan, memperkukuh jati diri serta membina hubungan silaturahim sesama mahasiswa dalam suasana yang penuh barakah.
๐ถ Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT, dan semoga program ini terus menjadi platform penyatuan hati serta pengukuhan ukhuwah warga kolej pada masa akan datang.
Jumpa lagi di program seterusnya!โจ
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Pelaksana Program
Circle of Barakah: Wadah Tamu
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
#JPKCare
#KitaCasuarina
#CircleofBarakah:WadahTamu
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
Dengan ini, Casuarina Artbeat: Palette of Hope telah berjaya dilaksanakan pada 15 - 20 Disember 2025 dengan penuh warna, makna dan inspirasi! ๐๏ธ๐งก
๐ธ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada U-DServeD, Fakulti Pendidikan, Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) serta AEON Mall Shah Alam sebagai anjuran bersama dalam menjayakan program kesukarelawanan yang penuh signifikan ini.
๐ธ Program ini bukan sahaja membuka ruang kepada warga Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk menzahirkan kreativiti melalui seni batik, malah berjaya menyatukan komuniti dalam semangat kasih sayang, sokongan dan kebersamaan tanpa batas.
๐ธ Lebih membanggakan, program ini telah berjaya mencipta sejarah dengan pengiktirafan rasmi daripada The Malaysia Book of Records, satu pencapaian luar biasa!
Semoga program ini dapat memberi impak positif yang berpanjangan kepada masyarakat.
.
.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kolej Casuarina
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam.
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Dihatiku,
Salam Casuarina.
๐ฅโฝ๏ธ HIGHLANDERS CUP UCS 2025 โฝ๏ธ๐ฅ
Sukacita dimaklumkan bahawa pada 15 November sehingga 19 Disember 2025 yang lalu, pasukan Casuarina Rovers dengan penuh semangat telah menyahut cabaran dengan menyertai perlawanan Highlanders Cup UCS 2025.
Sebanyak 8 penyertaan dari pelbagai pasukan telah bertanding di perlawanan Highlanders Cup UCS 2025 yang berlangsung di Padang Bola Sepak Alam Bina, UiTM Cawangan Selangor.
Setinggi - tinggi penghargaan serta tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Casuarina Rovers kerana berjaya merangkul Tempat Ketiga Bersama dalam perlawanan Highlanders Cup UCS 2025๐ฅ
Semoga Casuarina Rovers terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang dikemudian hari. ๐ช๐ป
#HighlandersCup2025
#CasuarinaRovers
#CasuaGah
#JPKCasuarina
#teamspirit
#nevergiveup
๐ PROGRAM CASUARINA CAKNA 2025: TERIMA KASIH SEMUA! ๐ก
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
Dengan ini, program Casuarina Cakna telah berlangsung dengan meriah dan jayanya berkat penyertaan dan sambutan luar biasa daripada para peserta!
๐ถ Pada 1 Disember hingga 5 Disember 2025, seramai 700 peserta telah bersama-sama hadir ke program yang penuh bermanfaat ini yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bergotong-royong di kawasan kediaman kolej Casuarina.
๐ถ Antara aktiviti menarik yang telah dianjurkan termasuklah gotong-royong kawasan kediaman kolej, sesi ceramah bersama Unit Kesihatan, dan sesi soal jawab bersama Pegawai Unit Kesihatan.
โญ Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada para panel dan peserta yang komited, AJK Pelaksana, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
โจ Ucapan Terima Kasih Khas Juga Kepada Panel Jemputan Kita:
Encik Muhammad Zulhelmi bin Md Shakkeri
๐ Sokongan dan semangat anda semua telah menjadikan program ini lebih bermanfaat dan bermakna untuk kita semua. Semoga kita terus memupuk kesedaran tentang pentingnya aktiviti bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan kondusif.
Jumpa lagi di program akan datang!
.
.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Pelaksana Program
Casuarina Cakna 2025
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
#JPKCare
#KitaCasuarinaย
#CasuarinaCaknaย
#CleanForCasuarina
๐จ CASUARINA LIFESTYLE CHALLENGE 2025 โจ
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
Dengan ini, Casuarina Lifestyle Challenge 2025 telah berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh penyertaan pada 22 โ 30 November 2025 dengan penuh semangat, kreativiti dan inspirasi! ๐ช๐ฅ
๐ธ Program ini merupakan sebuah program atas talian yang memberi ruang kepada para peserta untuk menonjolkan bakat dalam menghasilkan konten kreatif bertemakan sukan dan keyakinan diri.
๐ธ Lebih menarik lagi, para peserta turut menggunakan baju rasmi Kolej Casuarina bagi memeriahkan lagi penyertaan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan identiti kolej.
๐ธ Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah memupuk nilai keyakinan diri, disiplin serta kreativiti dalam kalangan warga Casuarina.
๐ข Keputusan pemenang telah diumumkan pada 18 Januari 2026, disusuli dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan usaha yang ditunjukkan! ๐โจ
Semoga program ini terus menjadi platform yang memberi impak positif serta menginspirasikan warga Casuarina untuk terus aktif dan berkeyakinan.
.
.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Pelaksana Program
Casuarina Lifestyle Challenge
Kolej Casuarina
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam.
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
[PENCARIAN SEKRETARIAT PERWAKILAN KOLEJ CASUARINA SESI 2025/2026] โจ
Merujuk perkara di atas, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Casuarina ingin memaklumkan bahawa Pencarian Sekretariat Perwakilan Kolej Casuarina telah dijalankan pada 1 November 2025.
Sekretariat Perwakilan Kolej sesi 2025/2026 kini terdiri daripada 35 orang anggota, yang akan memikul tanggungjawab bagi memastikan perjalanan aktiviti dan program kolej berjalan dengan lancar.
Kami ingin mengucapkan selamat bertugas kepada semua anggota Sekretariat Perwakilan Kolej Casuarina sesi 2025/2026. Semoga segala usaha dapat dijalankan dengan penuh dedikasi, semangat kerjasama, dan komitmen tinggi.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kolej Casuarina
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
#JPKCare
#KitaCasuarina
๐ NEXT GEN CASUARINA ๐
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
Program Next Gen Casuarina telah berlangsung dengan penuh semangat di Dewan Kuliah 500, Fakulti Farmasi pada 26 Oktober 2025, bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang! ๐ Program ini menjadi platform utama untuk memperkenalkan hala tuju baharu Kolej Casuarina serta membina keyakinan pelajar terhadap perancangan serta kepimpinan yang akan membimbing mereka sepanjang sesi ini.
Para pelajar telah diperkenalkan kepada barisan baharu JPK Casuarina sesi 2025/2026. Kehadiran mereka sebagai peneraju kolej diharapkan dapat membawa nafas baharu serta memacu pelbagai inisiatif positif untuk kebajikan dan pembangunan sahsiah pelajar. Kemudian, sesi penyampaian pingat kepada atlet SUKOL Casuarina juga telah berlangsung, sebagai tanda penghargaan atas usaha dan pencapaian mereka yang telah mengharumkan nama kolej. Suasana penuh rasa bangga dan inspirasi jelas terasa sepanjang penyampaian tersebut.
Menariknya, pelajar turut diperkenalkan kepada Merchandise baharu Kolej Casuarina yang menjadi simbol identiti dan semangat kekitaan warga kolej. Pengenalan ini bukan sahaja menambahkan seri program, malah membangkitkan rasa bangga serta kesetiaan kepada Casuarina sebagai satu komuniti yang utuh. ๐งก
๐ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pelajar yang hadir serta kepada pihak pengurusan kolej dan barisan JPK yang telah menjayakan program ini dengan lancar. Semoga program ini menjadi permulaan kepada lebih banyak usaha yang bermakna, dan menjadi langkah awal kepada perjalanan yang lebih cemerlang serta program-program menarik pada masa akan datang untuk semua warga Casuarina. ๐ฑ
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kolej Casuarina
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam.
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
#JPKCare
#KitaCasuarina
Assalamualaikum WBT,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Casuarina.
Taklimat Kolej Casuarina bagi sesi Oktober 2025 โ Februari 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat dan jayanya di Surau Ibnu Sina pada 11 Oktober 2025! ๐
๐ธ Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada penghuni baharu mengenai peraturan, etika, serta kemudahan yang disediakan di Kolej Casuarina.
๐ธ Sepanjang taklimat, pelajar turut diberi penerangan oleh Puan Nurul Ainun Binti Ahmad Atory (Pengetua Kolej), Encik Ahmad Zabidi Bin Zainal Abidin (Pengurus Operasi TRIplc) dan ASP/PB Mohd Tarmizi Bin Abdul Raman, A.M.N (Pegawai Keselamatan Kanan) bagi memastikan setiap penghuni memahami tanggungjawab mereka sebagai warga kolej.
๐ฌ Turut diadakan sesi soal jawab bagi memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan penjelasan berkenaan hal ehwal kolej, serta penerangan ringkas mengenai aktiviti dan program anjuran JPK Casuarina sepanjang semester ini.
๐ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pelajar yang hadir serta kepada pihak pengurusan kolej dan barisan JPK yang telah menjayakan program ini dengan lancar.
Semoga taklimat ini menjadi langkah awal dalam membentuk komuniti kolej yang harmoni, berdisiplin, dan berdaya saing sepanjang sesi ini.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kolej Casuarina
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam.
(IMPIAN, HARAPAN, PELAKSANAAN)
#JPKCare
#KitaCasuarina