Sejarah awal canva dan pencipta
Pada masa kini, majoriti sektor pekerjaan menggunakan laman sosial sebagai sumber carian utama dalam penghasilan kerja yang kreatif dan inovatif. Setiap mereka menggunakan pelbagai kemudahan yang berada di carian internet serta aplikasi yang membantu mereka sebagai pemudah cara dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dengan itu, mereka menemukan satu aplikasi yang boleh diguna pakai sebagai kemudahan dalam pekerjaan mereka iaitu aplikasi Canva. Sektor-sektor seperti ahli perniagaan, pendidikan serta banyak lagi sektor pekerjaan yang mempunyai pembentangan khususnya. Kewujudan Canva ini banyak membantu kerja-kerja kreatif dalam penghasilan rekaan grafik. Hal ini jelas dilihat apabila kualiti kerja yang mereka terapkan mempunyai ciri ciri yang kreatif dan mengikut trend terkini, tersusun dan mempunyai latar belakang yang menarik minat audiens dalam penyampaian mereka seperti label produk, katalog, poster, invois, dekorasi laman web, pos di media sosial, kad perniagaan dan pelbagai lagi.
Sejarah aplikasi ini amatlah mencabar dengan pelbagai rintangan kepada pencipta asal aplikasi ini dengan cabaran yang beliau serta rakan sekerja beliau hadapi. Pencipta aplikasi Canva adalah Melanie Perkins. Beliau berasal daripada perth, Western Australia. Beliau melanjutkan pelajaran di sacred heart collage dengan mengambil pengkhususan dalam komunikasi, psikologi dan perdagangan. Dalam penciptaan tool tersebut, mestilah ada rintangan dan cara mereka merancang strategi bagi mengembangkan aplikasi tersebut. Hal ini termasuklah dengan penghasilan sebuah karya iaitu Fusion books yang agak terkenal dalam kalangan pelajar. Melalui buku tersebutlah lahirnya idea-idea baharu dalam penciptaannya serta lahirnya inisiatif bagi mengembangkan aplikasi tersebut kearah yang lebih profesional dan lebih dikenali ramai. Manakala dengan itu, disebalik penubuhan Canva, Melanie Perkins telah melaksanakan dasar di Canva yang menghapuskan berat sebelah dalam proses pengambilan pekerja, yang telah menyebabkan Canva memperoleh 41 peratus perwakilan wanita, jauh lebih tinggi daripada purata industri sebanyak 28 peratus.
Lahirnya Fusion Book @ Canva
Fusion Books telah diasaskan oleh Perkins dan Obrecht pada tahun 2007. Fusion Books membenarkan pelajar mereka berbentuk buku tahunan sekolah mereka sendiri dengan menggunakan alat drag-and-drop ringkas yang dilengkapi dengan perpustakaan templat reka bentuk yang boleh diisi dengan foto, ilustrasi dan font. Pada asalnya, Perkins mahu membangunkan perisian yang menjadikan keseluruhan proses reka bentuk lebih mudah tetapi disebabkan persaingan dengan syarikat besar dan kekurangan sumber, beliau membuat kesimpulan untuk mencipta produk baharu yang lebih moden selaras dengan arus permodenan zaman kini. Ibu Perkins ialah seorang guru yang juga akan menyelaraskan buku tahunan sekolah. Perkins melihat berapa banyak masa yang diperlukan untuk mereka membentuk buku tahunan dan berpendapat tahap pengguna yang tinggi akan menjadikan buku tahunan niche yang baik untuk menguji idea untuk Canva.
Penubuhan secara rasmi canva
Dengan kegigihan Melanie dan Cliff dalam dalam penghasilan aplikasi tersebut dalam mendapatkan dana bagi mengembangkan perniagaan beliau berdua, datanglah Cameran Adam membantu bagi mendapatkan dana daripada pihak atasan. Pelaburan itu dibuat bagi melebarkan lagi pasaran aplikasi ini ke arah yang lebih dikenali di peringkat global. Pada 2013, syarikat mereka dilancarkan secara rasminya selepas dua kali memohon pelaburan dana dengan bantuan Cameran Adam. Dengan pelancaran tersebut maka bermulalah perniagaan syarikat mereka dengan perancangan yang kreatif dan berinovatif dalam menghasilkan karya menggunakan kebolehan yang ada dalam setiap mereka. Dengan itu, mereka melantik Melanie Perkins telah menjadi chief executive officer (CEO), Cliff sebagai Chief Operating Officer (COO) manakala Cameran Adam sebagai Chief Product Officer (CPO). Apabila syarikat tersebut telah ditubuhkan secara rasmi, pada awal penubuhannya telah dilanggani lebih 600,000 pengguna dalam aplikasi Canva. Dalam dunia visual, Canva untuk Pasukan ialah alat reka bentuk semua dalam satu yang membantu pasukan menyampaikan kandungan visual pada jenama dengan cepat dan mudah.
Kemajuan Canva secara pesat
Dalam beberapa tahun perjalanan syarikat pernigaan Canva telah merancang untuk menambah fungsi yang lebih berkualiti dan lebih moden untuk menarik lebih ramai audiens dalam hasil karya mereka. Selepas 5 tahun penubuhan, syarikat tersebut telah melantik seramai 200 orang pekerja di pejabat Australia dan San Fransisco. Hal yang membolehkan mereka melantik pekerja yang agka ramai adalah kerana perkembangan syarikat tersebut. Mereka memerlukan pekerja bagi membantu dalam melancarkan perjalanan syarikat tersebut yang sudah dikenali ramai di peringkat global. Seramai 10 juta pengguna produk Canva dengan sokongan lebih 169 negara yang telah melanggan produk ciptaan mereka. Selama lima tahun, Fusion Books berkembang menjadi syarikat buku tahunan terbesar di Australia dan berkembang ke Perancis dan New Zealand.
Berdasarka kajian, penggunaan canva kebiasaannya digunakan oleh ahli perniagaan, pendidikan dan industri lain yang banyak menggunakan template untuk pembentangan khususnya bagi menyampaikan maklumat mengenai projek ataupun produk yang dihasilkan oleh mereka. Sebagai contoh, Canva untuk Pasukan membantu perniagaan daripada semua saiz untuk mereka bentuk secara besar-besaran kandungan visual yang berkuasa pada skala dalam satu penyelesaian tunggal. Canva menghimpunkan proses reka bentuk dan kerjasama pemilik perniagaan kecil boleh menggunakannya untuk mencipta logo dan siaran sosial, manakala perniagaan yang lebih besar boleh mencipta kandungan berjenama untuk pemasaran atau pasukan komunikasi dalaman mereka. Di mana-mana syarikat, pasukan pemasaran boleh mencipta dan menjadualkan siaran sosial untuk kempen, pasukan jualan boleh mencipta pembentangan memeterai perjanjian dan pasukan dalaman boleh menghantar surat berita, risalah atau kemaskini. Tanpa mengira tahap kemahiran, Canva mudah digunakan oleh sesiapa sahaja dalam perniagaan anda.
Manakala dengan itu, dari aspek pendidikan, pelajar boleh menunjukkan pelajaran di Canva melalui format yang berbeza seperti yang telah canva sediakan dengan kemudahan pelbagai template. Hal ini dapat mengasah bakat serta kebolehan pelajar dalam mencipta poster, video dan projek yang diarahkan oleh guru. Perkara ini dapat menambah kebolehan serta meberi asas kepada mereka sebagai kebolehan tambahan dalam pembuatan video, penyediaan slide untuk pembentangan serta infografik dan poster. Oleh itu wujudnya kemajuan minda kreatif yang ditonjolkan oleh para pelajar dalam penghasilan kerja yang menampakkan mengikut arus permodenan pada masa kini.
Kejayaan Canva
Sepanjang wujudnya syarikat ini dari tahun ke tahun, maka dengan usaha serta strategi yang ditonjolkan mereka dengan bantuan para pekerja, mereka beroleh keuntungan yang agak memberangsangkan sepanjang tempoh penciptaannya. Penilaian syarikat telah berjaya mencapai lebih USD 15B dalam tempoh awal syarikat dilancarkan selepas beberapa tahun. Dengan perolehan yang agak banyak diperoleh oleh syarikat tersebut, mereka telah menjadi salah satu syarikat perisian yang paling berkesan di dunia. Pendapatan tahunan mereka telah mencapai sebanyak USD 500 juta. Pada 2020, pendapatan Canva meningkat sehingga 60 juta Dolar dan nilai syarikat meningkat kepada 6 billion Dollar. Ini menjadikan Melanie sebagai wanita ketiga terkaya di Australia dengan nilai bersih 1.3 billion Dollar.