1) Memilih buluh
Buluh terlebih dahulu dipilih bagi mendapatkan yang sederhana tuanya supaya ianya tidak mudah patah
2) Membelah buluh
Buluh dibelah dengan teliti supaya sama besar dan mudah diraut
3) Meraut bilah buluh
Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.
4) Membuat rangka wau
Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.
5) Menampal Rangka
Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian.
6) Membuat corak dan menampal corak
Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.
7) Memasang tali teraju
Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju. Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap sepenuhnya
Cara Membuat Wau