1) Kayu yang dipilih ditarah dengan kapak untuk membentuk rangka kasar gasing yang berbentuk seakan-akan dua piring bertangkup muka
2) Gerudi digunakan untuk menebuk lubang di bahagian pusat kayu
3) Paku yang berukuran kira-kira 9 cm panjang dibenamkan dan meninggalkan kira-kira 2 cm di bahagian luarnya
4) Proses melarik, iaitu proses membuat gasing mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki
5) Kertas pasir digunakan untuk menggilap. Gasing boleh terus digunakan ataupun dicat dan divarnis terlebih dahulu supaya kelihatan lebih menarik
6) Gasing yang telah siap menampakkan keindahan dan seni cipta yang bermutu tinggi
Proses Pembuatan Gasing