Pertandingan Cabaran Cool-Lah
Pertandingan Cabaran Cool-Lah
Penggunaan Penyaman Udara Cekap Tenaga
Pelbagai hadiah eksklusif menanti pemenang pertandingan seperti berikut:
Tablet Pintar
Kamera Digital
Fon Kepala (Headphone)
Tablet Pintar Mini
Pembaca E-Buku (E-Reader)
Fon Kepala (Headphone)
Setiap penyertaan amat dihargai. Selain hadiah utama, para peserta turut berpeluang memenangi hadiah saguhati, anugerah kategori khas serta sijil penyertaan eksklusif peringkat kebangsaan. Tunjukkan bakat anda dan rebut peluang keemasan ini!
Esei boleh ditulis dalam pelbagai genre seperti ekspositori, naratif, argumentatif, penyelesaian masalah, analisis perbandingan, reflektif, atau lain-lain.
Esei boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Panjang penulisan esei adalah antara 250-500 patah perkataan. Jumlah keseluruhan patah perkataan hendaklah dinyatakan di bahagian bawah kiri pada muka surat terakhir.
Peserta digalakkan untuk menyediakan penulisan esei dalam bentuk salinan lembut (format PDF) dengan menggunakan fon Arial, 11 poin, dan jarak di antara baris 1.5.
Penulisan esei secara tulisan tangan dibenarkan dan perlu diimbas (scan) dalam format PDF.
Penghantaran esei adalah melalui 'Google Form' yang disertakan dalam portal ini.
Penyertaan video boleh dihantar dalam pelbagai genre seperti drama, sketsa, komedi, animasi dan lain-lain.
Rakaman video boleh diambil menggunakan kamera atau telefon pintar.
Penyuntingan video boleh dilakukan menggunakan aplikasi (seperti CapCut, InShot, PowerDirector dan lain-lain) atau perisian komputer (seperti Canva, CapCut, Filmora, ClipChamp dan lain-lain).
Resolusi minimum video ialah HD 720p.
Durasi video mestilah antara 1 hingga 5 minit.
Peserta boleh memuat naik video melalui 2 cara:
Muat naik ke Google Drive masing-masing dan menyertakan pautan (link) yang telah ditetapkan akses kepada 'Anyone with the link' ke dalam borang penyertaan Google Form yang disediakan.
ATAU
Muat naik video secara terus di dalam 'Google Form' yang disediakan dalam portal ini (saiz video tidak melebihi 100MB).
Penggunaan bahasa dalam video adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Sekiranya menggunakan Bahasa Melayu, peserta digalakkan untuk menyertakan sari kata dalam Bahasa Inggeris (jika berkemahiran).
Pertandingan terbuka kepada murid sekolah menengah berstatus Warganegara Malaysia berumur 13–17 tahun pada tahun 2025.
Penyertaan adalah secara individu sahaja.
Ibu bapa / penjaga hendaklah bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi oleh pihak peserta.
Peserta hendaklah mempunyai kebenaran ibu bapa / penjaga untuk menyertai pertandingan.
Penyertaan adalah terhad kepada satu (1) penghantaran sahaja bagi setiap individu. Sekiranya penghantaran dibuat melebihi satu (1) kali, penghantaran pertama sahaja akan diterima oleh pihak penganjur.
Hasil pertandingan adalah hak milik pihak penganjur dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah baik, dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.
Hasil kerja mestilah asli dan dibuat sendiri oleh peserta sepenuhnya. Peserta boleh mencipta hasil kerja asli dengan bantuan AI.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya terdapat unsur plagiat, peniruan karya orang lain, atau penggunaan AI secara sepenuhnya dalam penghasilan karya.
Sekiranya terdapat bahasa, tindakan, tingkah laku, aktiviti yang tidak sesuai, atau elemen keganasan dan lucah, penyertaan akan dibatalkan.
Penyertaan bermula dari 22 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.
Borang Penyerahan Karya
Sekiranya borang tidak dipaparkan, sila log masuk ke Akaun Google anda.
Cik Fatini – 017-677 0817
En. Haziq – 013-608 3937
Pertandingan di bawah Kempen Kecekapan Tenaga “Cool-Lah: Tambahlah Bintang!”, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan penyaman udara yang cekap tenaga dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
• Pertandingan Video – Durasi antara 1 hingga 5 minit.
• Pertandingan Penulisan Esei – Panjang penulisan antara 250 - 500 patah perkataan.
Ya, anda dibenarkan untuk menyertai kedua-dua pertandingan.
Terbuka kepada murid sekolah menengah berstatus Warganegara Malaysia berumur 13–17 tahun pada tahun 2025.
Tempoh penyertaan bermula dari 22 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.
Video - Peserta boleh memuat naik video melalui 2 cara:
Muat naik ke Google Drive masing-masing dan menyertakan pautan (link) yang telah ditetapkan akses kepada 'Anyone with the link' ke dalam borang penyertaan Google Form yang disediakan.
ATAU
Muat naik video secara terus di dalam 'Google Form' yang disediakan dalam portal ini (saiz video tidak melebihi 100MB).
Esei - Peserta digalakkan untuk menyediakan penulisan esei dalam bentuk salinan lembut (format PDF) dengan menggunakan fon Arial, 11 poin, dan jarak di antara baris 1.5. Penulisan esei secara tulisan tangan dibenarkan dan perlu diimbas (scan) dalam format PDF. Penghantaran esei adalah melalui 'Google Form' yang disertakan dalam portal ini.
Video: Tempat Pertama: Tablet Pintar, Tempat Kedua: Kamera Digital, Tempat Ketiga: Fon Kepala (Headphone)
Esei: Tempat Pertama: Komputer Tablet Pintar, Tempat Kedua: Pembaca E-Buku (E-Reader), Tempat Ketiga: Fon Kepala (Headphone)
Hadiah sagu hati, anugerah kategori khas dan sijil penyertaan eksklusif peringkat kebangsaan turut disediakan bagi kedua-dua kategori.
Ya, kebenaran ibu bapa perlu dilengkapkan melalui Google Form Borang Penyerahan Karya – Cabaran Cool-Lah.
Boleh, dengan persetujuan mereka.
Keberkesanan naratif, kualiti visual dan persembahan, keaslian dan suara tempatan, relevansi kepada tema, kebolehcapaian dan potensi perkongsian.
Penyertaan adalah PERCUMA dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
Tidak. Penyertaan pertandingan ini tidak melibatkan markah PAJSK.
Cik Fatini – 017-677 0817