Pertandingan di bawah Kempen Kecekapan Tenaga “Cool-Lah: Tambahlah Bintang!”, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan penyaman udara yang cekap tenaga dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
• Pertandingan Video – Durasi antara 1 hingga 5 minit.
• Pertandingan Penulisan Esei – Panjang penulisan antara 250 - 500 patah perkataan.
Ya, anda dibenarkan untuk menyertai kedua-dua pertandingan.
Terbuka kepada murid sekolah menengah berstatus Warganegara Malaysia berumur 13–17 tahun pada tahun 2025.
Tempoh penyertaan bermula dari 22 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.
Video - Peserta boleh memuat naik video melalui 2 cara:
Muat naik ke Google Drive masing-masing dan menyertakan pautan (link) yang telah ditetapkan akses kepada 'Anyone with the link' ke dalam borang penyertaan Google Form yang disediakan.
ATAU
Muat naik video secara terus di dalam 'Google Form' yang disediakan dalam portal ini (saiz video tidak melebihi 100MB).
Esei - Peserta digalakkan untuk menyediakan penulisan esei dalam bentuk salinan lembut (format PDF) dengan menggunakan fon Arial, 11 poin, dan jarak di antara baris 1.5. Penulisan esei secara tulisan tangan dibenarkan dan perlu diimbas (scan) dalam format PDF. Penghantaran esei adalah melalui 'Google Form' yang disertakan dalam portal ini.
Video: Tempat Pertama: Tablet Pintar, Tempat Kedua: Kamera Digital, Tempat Ketiga: Fon Kepala (Headphone)
Esei: Tempat Pertama: Komputer Tablet Pintar, Tempat Kedua: Pembaca E-Buku (E-Reader), Tempat Ketiga: Fon Kepala (Headphone)
Hadiah sagu hati, anugerah kategori khas dan sijil penyertaan eksklusif peringkat kebangsaan turut disediakan bagi kedua-dua kategori.
Ya, kebenaran ibu bapa perlu dilengkapkan melalui Google Form Borang Penyerahan Karya – Cabaran Cool-Lah.
Boleh, dengan persetujuan mereka.
Keberkesanan naratif, kualiti visual dan persembahan, keaslian dan suara tempatan, relevansi kepada tema, kebolehcapaian dan potensi perkongsian.
Penyertaan adalah PERCUMA dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
Tidak. Penyertaan pertandingan ini tidak melibatkan markah PAJSK.
Cik Fatini – 017-677 0817