Latar Belakang

Kaedah penamaan burung dalam Bahasa Malaysia ini direka oleh TOU JING YI, peminat burung sejak tahun 1998. Beliau merupakan ahli jawatan kuasa dalam Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) cawangan Perak. Saya berminat dengan burung dan nama tempatan burung-burung di Malaysia. Namun semasa penamaan sedia ada dikaji, banyak masalah dan kekeliruan dijumpai dengan penamaan sedia ada. Terdapat nama-nama yang mungkin merujuk kepada lebih dari satu spesies, dan juga nama-nama yang kurang mirip dengan penggunaan orang-orang tempatan, terutamanya mereka yang tinggal di kampung, dan mengenali burung tempatan mereka dengan lebih baik berbanding kebanyakkan orang bandar. Kekeliruan dan ketidak-selarasan dengan penamaan yang dikenali mereka merupakan satu halangan besar bagi pencinta burung untuk berkomunikasi dengan orang kampung secara efektif dalam hal ini. Kaedah penamaan ini direka dengan teliti supaya boleh digunakan untuk semua spesies burung di dunia, dan boleh dikembangkan untuk haiwan-haiwan yang lain.