SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
⮚ Proses mula pembukaan sekolah baru bermula pada Khamis bersamaan 16 Disember 2004 hingga 23 Januari 2005 dikendalikan oleh dua orang Penolong Kanan sebagai “Caretaker” bersama 24 orang guru penolong, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu makmal dan dua orang Pembantu Am Rendah. Dua orang Penolong Kanan yang terlibat ialah:
i. Pn Hamidah binti Hj Abd Rahman (Penolong Kanan)
ii. En.Abdul Hameed bin Abdul Majid (Penolong Kanan Kokurikulum)
⮚ Keluasan Sekolah adalah seluas 8.80 ekar (3.56 hektar). Mula beroperasi pada 3 Januari 2005 dengan menerima 163
Mula beroperasi pada 3 Januari 2005 dengan menerima 163 orang murid.
Tingkatan 1 : 6 kelas
Tingkatan 2 : 1 kelas
ASAL USUL NAMA SEKOLAH
Nama sekolah diambil sempena nama taman perumahan iaitu Bandar Rinching. Rinching ialah nama sebuah sungai berdekatan. Sungai ini mengalir dari bukit berdekatan banjaran Titiwangsa iaitu Bukit Rinching. Terdapat kampung di sepanjang Sungai Rinching iaitu Rinching Hulu, Kampung Rinching Tengah, Kampung Rinching Hilir dan Kampung Sungai Kembung. Bandar Rinching dihubungkan melalui Jalan Semenyih ke Semenyih
TAPAK ASAL SEKOLAH
Tapak asal sekolah merupakan penempatan estet terdiri daripada kaum India. Mereka asalnya dari Ladang Rinching dan Ladang Glenworie. Kawasan ini merupakan ladang tanaman kelapa sawit dan getah. Pemilik ladang getah telah menjual ladang tersebut kepada Syarikat Rhombus Sdn Bhd pada tahun 1994 untuk dimajukan sebagai taman perumahan. Petempatan Bandar Rinching dibangunkan dalam 5 fasa bermula dengan fasa 1 dan siap pada tahun 1996. Keperluan penduduk membawa kepada penubuhan sekolah rendah dan menengah.
SENARAI NAMA PENGETUA