SEKAPUR SIRIH
SEKAPUR SIRIH
Kata-kata aluan Pengetua SMK Tengku Temenggong Ahmad
Segala puji bagi Allah yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya. Selawat dan salam bagi junjungan besar yang dikasihi Nabi Muhammad SAW, role model kepemimpinan yang wajib dicontohi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pendidik.
Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan semasa khususnya diperingkat global. Oleh hal yang demikian, warga pendidik dan AKP merupakan arkitek sosial yang memikul tanggungjawab yang besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus merealisasikan misi dan visi Kementerian Pendidikan. Sehubungan dengan itu, di harapkan manual pengurusan ini dapat membantu guru -guru dan AKP membuat perancangan dan menyediakan program -program khusus dalam semua aspek sepanjang tahun 2022
Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani cabaran masa hadapan. Dalam hal ini, warga pendidik seharusnya bekerja sebagai satu pasukan dan dapat menterjemahkan prinsip kerja berteraskan slogan sekolah STTA HEBAT. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan bersama untuk melakar kecemerlangan dalam kurik ulum, sahsiah dan kokurikulum.
Saya yakin dan percaya bahawa SMK Tengku Temenggong Ahmad, yang diwartakan sebagai Sekolah TS25 dan KBAT, mampu menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkini dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti di bawah kepemimpinan pihak pengurusan sekolah dan warga pendidik yang sentiasa berpegang kepada konsep kerja sebagai suatu ibadah. Semoga warga SMKTTA dapat menjadikan manual pengurusan ini wadah terbaik untuk memandu tugas masing-masing selaras dengan e lemen yang dinyatakan dalam SKPMg2.
Selamat menjalankan tugas
"STTA HEBAT"
"PENGETAHUAN JIWA KEHIDUPAN"
Norita binti Ibrahim
Pengetua
SMK Tengku Temenggong Ahmad.