SANDARAN DAN PEMULIHAN
SANDARAN DAN PEMULIHAN
Sandaran bermaksud salinan data komputer yang disimpan secara berasingan. Ia bertujuan melindungi anda dari kehilangan data.
Sandaran digunakan untuk pulih data yang hilang atau rosak. Ia boleh dilakukan dalam masa yang singkat.
Sambung pemacu USB (USB drive) atau cakera luaran (external disk) ke mana-mana port USB komputer anda.
Buka File Explorer.
Dalam contoh di atas, pemacu USB dipetakan ke pemacu E:
Taip control panel dalam ruang carian Windows.
Klik Open.
Di bawah System and Security klik Save backup copies of your files with File History.
Tetingkap File History akan dipaparkan.
Klik Select drive jika ia memaparkan pemacu selain dari USB Drive (E:).
Pilih pemacu yang anda sambung ke komputer tadi kemudian klik OK.
Boleh pilih Yes atau No jika mesej di atas dipaparkan.
Jawapan No telah dipilih untuk tujuan pembelajaran.
Proses sandaran terus dijalankan mengikut senarai direktori yang telah ditetapkan secara lalai.
Klik Stop jika mahu hentikan proses ini.
Proses sandaran selesai apabila Stop bertukar kepada Run now.
Jika ada kekangan pada ruang storan, direktori tertentu boleh dikecualikan.
Ketika ini Libraries, Desktop, Contacts dan Favorites berada dalam senarai sandaran.
Klik Restore personal files untuk lihat semua direktori dan fail yang disandar tadi.
Sebahagian dari direktori mungkin tidak perlu disandar misalnya .openshot_qt, Contacts, Links dan lain-lain.
Terpulang kepada anda untuk mengeluarkannya dari senarai.
Tutup dahulu tetingkap ini.
Klik Exclude folders.
Klik Add kemudian pilih direktori yang ingin dikecualikan.
Ulang langkah sama pada direktori lain.
Klik Save changes setelah selesai.
Jika ingin kembalikan ke dalam senarai sandaran, pilih direktori kemudian klik Remove.
Klik Save changes setelah selesai.
Buka File Explorer.
Cipta atau cari direktori yang hendak dimasukkan ke dalam senarai sandaran misalnya direktori Peribadi.
Klik butang kanan tetikus pada direktori tersebut sehingga keluar senarai menu.
Pilih Show more options.
Kemudian pilih Include in library > Create new library.
Direktori Peribadi sudah dimasukkan ke dalam Libraries yang secara lalainya akan disandar oleh File History.
Jika Libraries tidak kelihatan dalam File Explorer, klik butang kanan tetikus di ruang kosong sebelah kiri.
Apabila senarai menu dipaparkan, pilih Show libraries.
Buka program File History kemudian klik Run now.
Setelah proses sandaran selesai, klik Restore personal files.
Direktori Peribadi sudah disandar termasuk semua fail di dalamnya (jika ada).
Dalam File Explorer, klik butang kanan tetikus pada direktori Peribadi yang berada di bawah Libraries.
Kemudian pilih ikon Delete jika ingin keluarkan direktori ini dari senarai sandaran.
Jangan terkeliru dengan memadam direktori Peribadi dalam C: (C:\Peribadi).
Pilih berapa kerap proses sandaran perlu dilakukan dan berapa lama fail sandaran hendak disimpan.
Kembali ke tetingkap utama File History.
Klik Advanced settings.
Secara lalai, proses sandaran berlaku setiap sejam (Every hour) dan semua versi sandaran akan disimpan selama-lamanya (Forever).
Lebih kerap sandaran dilakukan misalnya setiap 10 minit maka lebih banyak ruang diperlukan dalam pemacu USB.
Begitu juga lebih lama sandaran hendak disimpan maka lebih banyak ruang diperlukan.
Walau bagaimanapun, pada bila-bila masa anda boleh klik Clean up versions.
Ia akan buka tetingkap File History Cleanup.
Guna fungsi ini untuk memadam versi lama fail jika pemacu USB hampir penuh.
Pilih mana-mana pilihan yang dikehendaki kemudian klik Clean up.
Nota:
Jika mahu proses pembersihan (cleanup) dilakukan secara automatik, pilih Until space is needed bagi tetapan Keep saved versions dalam tetingkap Advanced Settings.
Dalam tetingkap File History, klik Restore Personal Files.
Tetingkap ini mengandungi maklumat seperti tarikh dan masa sandaran dibuat serta versinya iaitu 1 of 1.
Dalam Home hanya ada satu direktori iaitu Desktop.
Klik Desktop jika ingin lihat senarai fail yang ada di dalamnya.
Ini pula contoh kandungan Home di mana direktori Peribadi telah disandar selepas dimasukkan dalam senarai sandaran.
Versi Home ketika ini ialah 2 of 2 iaitu versi sandaran terkini.
Klik butang Previous version untuk lihat versi pertama (1 of 2).
Dalam sandaran versi pertama (1 of 2) tiada direktori Peribadi.
Klik butang Next version untuk pergi ke versi seterusnya (2 of 2).
Jika ada banyak versi, klik ikon Home di penjuru kanan atas untuk pergi ke versi terkini.
Selepas kembali ke versi terkini Home, klik direktori Peribadi.
Sandaran versi pertama (1 of 1) untuk Home\Peribadi mengandungi dua fail.
Cuba ubah kandungan Fail Kerja1.docx kemudian lakukan proses sandaran.
Fail diubah suai pada pukul 3:56 PM, manakala sandaran dilakukan pada pukul 3:57 PM.
Hasilnya kemas kini terbaru Fail Kerja1.docx disimpan sebagai sandaran versi kedua (2 of 2) untuk Home\Peribadi.
Terdapat satu cara lain melihat atau mencapai fail-fail yang disandar tanpa perlu menggunakan program File History.
Buka File Explorer kemudian klik pemacu E: (USB Drive).
Masuk ke dalam direktori E:\FileHistory\mfauzy\LAPTOP-MFAUZY\Data\C\Peribadi.
Terdapat dua versi Fail Kerja1.docx.
Masing-masing mempunyai nama yang digabungkan dengan waktu ia disandar.
Fail Perbelanjaan.xlsx ada satu versi sahaja kerana tiada perubahan dilakukan ke atasnya.
Kembali ke tetingkap utama File History, klik Restore Personal Files.
Masuk direktori Peribadi kemudian klik fail yang dikehendaki misalnya Fail Kerja1.docx versi 2 of 2.
Klik butang Restore.
Pilih Compare info for both files jika mahu kedua-dua fail dalam direktori asal dan sandaran.
Tandakan kedua-dua kotak kemudian klik Continue.
Fail dari sandaran dikembalikan di mana namanya ditambah nombor iaitu Fail Kerja1 (2).docx.
Pilih direktori jika fail yang hendak dikembalikan terlalu banyak sehingga beratus atau beribu.
Klik butang Restore selepas memilih direktori Peribadi atau sebarang direktori yang dikehendaki.
Pilih Replace the files in the destination untuk menggantikan semua fail di dalam direktori asal Peribadi.
Fail atau direktori yang diambil dari sandaran tidak semestinya dikembalikan ke lokasi asal.
Ia boleh ditempatkan di lokasi baru.
Direktori D:\Sementara telah dicipta bagi tujuan ini.
Pilih fail atau direktori yang hendak dipulihkan.
Klik ikon Options di penjuru kanan atas di mana menu akan dipaparkan.
Pilih Restore to.
Cari dan pilih D:\Sementara kemudian klik Select Folder.
Hasilnya direktori Peribadi termasuk fail dari dalam sandaran dipulihkan ke D:\Sementara.
Ujian sandaran dan pemulihan perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
Ia bermula sebaik saja selesai mengkonfigurasi sandaran.
Selepas berpuas hati dengan pengujian, ulang pada setiap minggu, bulan atau sela masa yang sesuai.
Ini untuk pastikan pemulihan data boleh dilakukan bila ia benar-benar diperlukan.
Pastikan maklumat direktori dan fail yang disandar ada dalam File History.
Jika terdapat kemas kini, perubahan versi boleh dilihat mengikut kekerapan proses sandaran misalnya setiap satu jam.
Proses sandaran tidak berlaku jika komputer dimatikan.
Sebaiknya klik Run now untuk sandar terus fail-fail penting yang baru dikemas kini.
Uji pemulihan dengan menukar nama direktori asal ke nama lain misalnya Peribadi kepada Peribadi - Asal.
Pulihkan direktori Peribadi dari sandaran.
Hasilnya seperti di atas di mana bilangan fail, saiz keseluruhan dan sebagainya adalah sama.
Pastikan fail dalam direktori yang dipulihkan boleh dibuka seperti biasa.