CIRI-CIRI KESELAMATAN
CIRI-CIRI KESELAMATAN
Sistem operasi ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan untuk melindungi data dan privasi pengguna dari ancaman virus atau serangan siber.
Antaranya ialah:
Windows Defender Antivirus
Perisian keselamatan terbina dalam yang mengimbas dan melindungi komputer daripada virus, malware, dan ancaman lain.
Firewall & Network Protection
Melindungi sambungan internet dan rangkaian daripada akses luar yang mencurigakan.
App & Browser Control
Membantu melindungi komputer anda semasa menggunakan aplikasi dan melayari internet
Device Security
Melindungi komputer daripada serangan peringkat rendah (low-level threats) seperti firmware malware atau rootkits
Dengan ciri-ciri ini, Windows 11 memberikan lapisan keselamatan tambahan bagi memastikan pengalaman digital anda lebih selamat.
Cara:
Klik kanan pada butang Start (ikon Windows di bawah kiri).
Pilih Settings (Tetapan).
Klik Windows Update (biasanya di bahagian bawah menu kiri).
Tekan Check for updates.
Jika ada kemas kini:
Klik Download & Install
Tunggu sehingga selesai.
Klik Restart now jika diminta untuk melengkapkan pemasangan.
Tujuan:
memastikan sistem sentiasa selamat dan mendapat ciri terbaru.
Cara:
Buka Settings (Tetapan) dari menu Start.
Klik Privacy & Security.
Pilih bahagian yang ingin dikawal, contohnya:
Windows Security (perlindungan sistem)
App permissions (kamera, mikrofon, lokasi)
Klik pada mana-mana pilihan (contoh: Camera / Microphone).
Hidupkan atau matikan akses untuk aplikasi tertentu mengikut keperluan.
Semak juga bahagian:
Firewall & network protection
Account protection
Tujuan:
melindungi data peribadi dan mengawal akses aplikasi.
Cara:
Buka Settings (Tetapan).
Pergi ke Privacy & Security → klik Windows Security.
Klik Virus & threat protection.
Tekan Quick scan untuk imbasan pantas.
Atau pilih Scan options untuk:
Full scan (imbasan penuh)
Custom scan (folder tertentu)
Tunggu proses imbasan selesai.
Jika ada ancaman:
Klik Start actions untuk buang atau kuarantin virus.