MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAM
GARIS PANDUAN PENGASINGAN SAMPAH DI PUNCA
KATEGORI PREMIS JENIS ‘LANDED’
1. TANGGUNGJAWAB PEMILIK / PENYEWA PREMIS
i. Pemilik atau penyewa premis hendaklah mengenalpasti dan mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula
ii. Sampah yang boleh dikitar semula hendaklah dibersihkan dari sebarang sisa makanan, dikeringkan, diletakkan dan dibungkus kedalam plastik lutsinar yang akan diberikan oleh pihak Majlis
iii. Sampah kitar semula perlu dikeluarkan serta diletakkan dihadapan premis pada hari kutipan dibuat iaitu pada setiap hari AHAD
iv. Pihak Majlis akan memberikan plastik lutsinar yang boleh terurai kepada pemilik premis untuk dijadikan tempat penyimpanan barang kitar semula.
v. Sampah yang boleh dikitar semula juga bole dihantar terus ke pusat kitar semula (PKS) seperti berikut :
• PKS Persiaran Dato’ Menteri, Seksyen 2
• PKS Jalan Kasawari 6/8, Seksyen 6
• PKS Jalan Tarian 11/2,Seksyen 11
• PKS Jalan Yakin 25/11, Seksyen 25
• PKS Taman Teluk Menegun Sekyen 36
• PKS Jalan Juruterbang U1/38 Seksyen U1
• PKS Jalan Pelapik B U8/B, Seksyen U8
• PKS Jalan Tupai 20/16 Seksyen 20
• PKS Jalan BRP 1/5 Seksyen U20
2. KAEDAH KUTIPAN
a) Kutipan dari rumah ke rumah oleh kontraktor kutipan Majlis
i. Kerja-kerja kutipan dilbuat oleh Majlis secara rumah ke rumah melalui kontraktor kutipan kitar semula yang dilantik.
ii. Kutipan dibuat pada setiap hari Ahad
iii. Kontraktor akan merekod maklumat kutipan sampah kitar semula dan menghantar maklumat ini secara bulanan kepada pihak Majlis
iv. Majlis akan merekod serta menyimpan maklumat dan data kutipan sampah kitar semula yang dilaporkan oleh kontraktor kutipan dikawasan Majlis dan akan melaporkan di dalam mesyuarat.
b) Menghantar ke Pusat Kitar Semula Kejiranan
i. Pusat kitar semula kejiranan adalah sebuah kemudahan yang ditempatkan di beberapa kawasan di Shah Alam yang disediakan untuk menerima sampah kitar semula daripada penduduk.
ii. Pemilik atau penyewa premis perlu mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan menghantar sampah tersebut ke pusat kitar semula kejiranan terdekat
iii. Operator dilantik hanya akan memungut sampah kitar semula secara terus dari pusat kitar semula sahaja
iv. Rekod dan maklumat pengurusan sampah kitar semula akan disimpan oleh operator pusat kitar semula dan dilaporkan secara bulanan kepada pihak Majlis