Peluang Melanjutkan Pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Terdapat 5 buah universiti terbaik Malaysia bagi bidang ICT dan sains komputer sebagai panduan calon untuk melanjutkan pendidikan mereka disebelum menempuh alam professional. Pelajar-pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke beberapa buah universiti yang terkenal. Antaranya ialah:
Universiti Malaya
Universiti Malaya yang mana menawarkan ijazah Sarjana Muda melalui Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, sistem maklumat, kejuteraan perisian dan multimedia.
Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer namun memberikan tawaran untuk memilih sama ada mahu mengambil kursus dalam bentuk tambahan mata pelajaran minor atau mata pelajaran elektif.
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia menawarkan 4 jenis Ijazah bioformasi, rangkaian komputer dan keselamatan, kejuruteraan maklumat, grafik dan multimedia serta kejuruteraan perisian.
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan 4 kursus pengkomputeran melalui fakulti sains dan teknologi pengkhususan pada sains komputer, teknologi maklumat, pembangunan kejuruteraan perisian dan pembangunan kejuruteraan maklumat.
Universiti Putra Malaysia
Universiti Putra Malaysia menawarkan 4 bidang pengkhususan dalam cabang sains komputer iaitu sistem komputer, multimedia, rangkaian komputer dan kejuruteraan perisian.