Pelajar ASK sekolah kami telah menceburkan diri dalam pelbagai pertandingan di peringkat daerah, negeri malahan ke peringkat kebangsaan. Antara pertandingan yang telah diceburi dan telah dimenangi ialah Pertandingan Robotik, Pertandingan Saintis Muda, Pertandingan Perlancaran Roket Air Menengah Rendah, Pertandingan Frogsite Technology dan Pertandingan Presentation Of Problem Health Competition.
a) Pertandingan Robotik
Pelajar yang memenangi pingat Gangsa dalam Pertandingan Robotik berkategorimenengah rendah berperingkat kebangsaan pada 2 Ogos 2019.
Pelajar telah berjaya memenangi Johan dalam Pertandingan Robotik berkategorimenengah atas berperingkat kebangsaan pada 2 Ogos 2019.
b) Pertandingan Saintis Muda
Pelajar telah memenangiJohan dalam Pertandingan Saintis Muda berperingkat daerah pada 27 Jun 2019.
c) Pertandingan Perlancaran Roket Air
Pelajar telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Perlancaran Roket Air berkategori menengah rendah berperingkat daerah Kinta Utara pada 11 Julai 2019
d) Pertandingan Frogsite Technology
Pelajar telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Frogsite Technology berperingkat kebangsaan pada 22 September 2019.
e) Pertandingan Presentation Of Problem Health Competition
Pelajar telah mendapat Johan dalam pertandingan Presentation Of Problem Health Competition berperingkat kebangsaan pada 11 Ogos 2018.