Selesai Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Muda pada 29 April 2024 yang melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas SPBT. Majlis ini diadakan mengikut sesi masing-masing iaitu sesi pagi dan sesi petang. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang dilantik dan semoga menjadi pemimpin yang cemerlang dan bertanggungjawab.
Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh semua umat Islam sebagai kemenangan mengharungi ujian berpuasa di bulan Ramadan, Pusat Sumber Sekolah Bandar Baru Sungai Buloh juga tidak ketinggalan meraikan kemenangan ini. Majlis PSS Beraya 2024 telah diadakan pada 27 April 2024 di Pusat Sumber Sekolah. Jamuan yang bertemakan 'potluck' ini telah dihadiri oleh guru-guru sesi pagi dan petang dengan dihidangkan pelbagai juadah yang disediakan sendiri oleg guru-guru PSS yang berbakat dalam bidang kulinari selain menjadi pengajar yang hebat.