SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG PSS ARUS ILMU SKBBSB
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bahan bukan cetak dan digital bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat, selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MENGAPA PSS SKBBSB DINAMAKAN ARUS ILMU?
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), arus dapat ditakrifkan sebagai (i) aliran air (ii) perubahan atau peristiwa yang berlaku dalam sesuatu masa; perkembangan. Ilmu pula bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
Kesimpulannya, nama Arus Ilmu dipilih sebagai nama rasmi PSS SKBBSB untuk meraikan fungsi PSS sebagai gedung ilmu yang dapat menjadi pemangkin kecemerlangan anak didik SKBBSB dalam pelbagai bidang. Tambahan pula, perkataan 'arus' turut menjadi simbolik kepada keadaan geografi sekolah yang mempunyai sebatang sungai berhampiran.