📢 ONE STOP CENTRE TAKAFUL WEBSITE YANG MENAWARKAN PELBAGAI INFO DAN SERVIS HANYA DI HUJUNG JARI ANDA
PERBEZAAN MLTT DAN MRTT
Apa itu MRTT dan MLTT? Kenapa MLTT lebih baik dari MRTT? Saya dah ambik MRTT, Boleh kee saya nak tukar kepada MLTT?
Ini semua adalah soalan yang selalu ditanya oleh prospek dan client kami. Jangan risau, anda tak keseorangan. Sebelum kita mendalami soalan-soalan ini, lebih baik kita fahami apakah itu MRTT dan MLTT terlebih dahulu. Okay lets go!!
Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) adalah produk insurans Takaful yang direka khas untuk menyediakan sokongan kewangan sekiranya terjadi kes kecacatan kekal/total permanent disability (TPD) atau kematian.
Maknanya, kalau jumlah pinjaman perumahan anda berkurangan, perlindungan yang disediakan oleh MRTT juga akan berkurangan – itulah yang dimaksudkan dengan ‘mortgage reducing’ (pengurangan gadai janji) dalam MRTT.
Morgage Level Term Takaful (MLTT) direka untuk menyediakan jaminan kewangan untuk keluarga anda, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Walau bagaimanapun, amaun yang diinsuranskan oleh MLTT akan kekal sepanjang tempoh pembelian polisi - inilah yang dinamakan dengan Morgage Level Term Takaful (MLTT)
Kalau anda lihat rajah tepi ini, anda akan dapat lihat perbezaan diantara MRTT dan MLTT.
Pemilihan pembayaran mesra pencarum, samada bulanan, suku-tahunan, setengah-tahunan atau tahunan.
Pencarum peroleh nilai simpanan pada hujung tempoh perlindungan.
Nilai perlindungan kekal sama sehingga habis tempoh. Tidak berkurangan seperti MRTT.
Boleh menggunakan MLTT yg sama untuk unit hartanah yang berlainan, refinance dan sebagainya. MRTT pula hanya untuk satu pembiayaan rumah sahaja.
Pelepasan cukai pendapatan.
Boleh diletakkan penama selain dari bank. Hatta di AIA, boleh dibuat cadangan hibah.
Pilihan untuk penambahan lain-lain rider untuk extra perlindungan dan manfaat (jika mahu).
Simpanan boleh digunakan utk dibayar kepada financier untuk tujuan pengurangan pembiayaan atau pengurangan tempoh mahupun penampungan pembayaran jika terdesak.
Duit simpanan dalam polisi MLTT boleh digunakan untuk kegunaan peribadi.
Peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana simpanan sekiranya berlaku hilang upaya kekal menyeluruh dalam tempoh perlindungan MLTT.
Sekiranya berlaku kematian pemilik polisi, waris peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana dalam tempoh perlindungan MLTT.
Protect your family!
Protect You!