📢 ONE STOP CENTRE TAKAFUL WEBSITE YANG MENAWARKAN PELBAGAI INFO DAN SERVIS HANYA DI HUJUNG JARI ANDA
APA ITU DIRECTOR PROVIDENT FUND?
Director Provident Fund(DPF) merupakan satu plan persaraan alternatif bagi usahawan yang ingin mengganda wang persaraan mereka selain mencarum di Employee Provident Fund (EPF). Selain itu, DPF ini bertindak sebagai Funding Mechanism untuk beli saham semula dari waris rakan kongsi jika ada di antara Director meninggal dunia. Sekiranya sesebuah perniagaan atau syarikat menghadapi masalah atau menuju kearah kebankrapan, DPF boleh membantu menyelesaikan masalah bergantung pada keadaan semasa.
KENAPA PERLU ADA DPF SEDANGKAN SUDAH ADA EPF?
DPF ini mempunyai elemen Business Protection yang boleh memberikan jaminan 2 tahun overhead syarikat.
Jika berlaku musibah seperti meninggal dunia atau cacat kekal, waris boleh menggunakan DPF sebagai hibah business protection untuk meneruskan perniagaan.
EPF adalah simpanan yang digalakan namun EPF harus difaraidkan manakala DPF pula manfaatnya hibah terus pada waris.
DPF sebagai pelan persaraan tambahan disamping berfungsi sebagai business protection.
DPF boleh tolak cukai syarikat
sediakan simpanan untuk diri anda untuk menjamin masa depan anda apabila sudah tua mahupun ketika anda dan bisnes anda dalam kegawatan ekonomi..