SIAPA KAMI
Biobenua Teknoloji Sdn Bhd (762711-D) telah ditubuhkan pada tanggal 13 Febuari 2007 oleh dua beradik iaitu Datuk Haji Abdul Razak Bin Haji Ali dan Roslan Bin Haji Ali dengan modal berbayar sebanyak RM 100.000.00. Setelah beroperasi selama hampir 12 tahun, Syarikat telah meningkatkan modal berbayar kepada RM 1,000,000,00 pada April 2019 di sebabkan oleh keperluan modal bagi memajukan proses inokulasi pokok karas dan meningkatkan kapasiti pusat pemprosesan pati minyak gaharu.
Syarikat kami beroperasi di Lot A107 & 108, Nusa Dusun Orchard, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka. Pihak kami mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Pelancongan, MTIB dan FRIM dalam usaha membangunkan Industri Gaharu di Malaysia. Kolaborasi juga kami jalankan dengan institusi awam seperti UM, UITM, USM, UPSI dan Agensi Nuclear Malaysia terutamanya R&D produk.
Biobenua Teknoloji Sdn Bhd telah berjaya membangunkan inokulam Black Gold Biobooster (BGBB) yang telah terbukti berkesan menghasilkan resin/damar gaharu di pohon karas/gaharu. BGBB telah berjaya menerima Emas dalam Malaysian Agriculture Innovation Show 2015 anjuran MARDI. Sehubungan itu, pihak Syarikat telah berjaya membangunkan teknik suntik 343 spiral yang dapat mencapai kejayaan 95 peratus serta memberi hasil resin/teras/gaharu yang maksimum.
Syarikat BioBenua Sdn Bhd telah mengeluarkan produk atas penjenamaan Al Linggi Oud. Semua produk hiliran keluaran Syarikat Biobenua Sdn Bhd digunakan atas nama Al Linggi Oud. Produk Al Linggi Oud seperti sabun gaharu, aroma terapi, balm, minyak wangi dengan pelbagai wangian dan bakhoor dengan pelbagai jenis.