AL LINGGI OUD
AL LINGGI OUD
Pihak Syarikat membekalkan anak pokok karas daripada beberapa spesis :
Malacensisi
Subintegra
Sinesi
Perkhidmatan selepas jualan disediakan dalam khidmat runding penanaman dan penjagaan pokok karas.
Kami menyediakan perkhidmatan inokulasi kepada pelanggan serta menyediakan pakej usahasama dengan pekebun-pekebun kecil karas di seluruh negara. Sehingga kini kami telah menjalinkan usahasama dengan 150 peserta melibatkan sejumlah 40,000 pokok karas.
PENGELUARAN PRODUK HILIRAN
Dalam meningkatkan jualan kami terlibat dalam pengeluaran produk hiliran seperti sabun, setanggi, bakhoor dan chips gaharu. Minyak wangi juga kami ada keluarkan dengan bauan yang sangat sedap dengan campuran gaharu dan juga harga mampu milik. Produk hiliran keluaran syarikat kami telah di diletakan penjenamaan atas nama Al-LINGGI OUD.
Biobenua Teknologi Sdn Bhd telah berjaya membangunkan inokulam Black Gold Booster (BGBB) yang telah terbukti berkesan menghasilkan resin/damar gaharu di pohon karas/gaharu. BGBB telah berjaya menerima anugerah Emas dalam Malaysian Agriculture Inovation Show 2015 anjuran MARDI. Sehubungan itu, pihak Syarikat telah memutuskan membangunkan teknik suntik 343 spiral yang dapat mencapai kejayaan 95 peratus serta memberi hasil resin/teras/gaharu yang maksimum. Inokulasi pada pokok karas hasilnya sungguh menakjubkan. Kualiti teras gaharu akan bertambah mengikut tempoh lamanya sebelum dituai. Bahan yang digunakan daripada bahan organik tanpa ada campuran bahan-bahan yang mempunyai racun.
Bagi pokok karas/gaharu yang tanam untuk menghasilkan damar/rasin perlu disuntik dengan inokulam yang baik untuk mendapat hasil yang baik dan berkualiti. Syarikat kami mengunakan kaedah suntik dengan menggunakan alat Chamjet. dengan menggunakan alat chamjet ini dapat menjimatkan masa dan tenaga.