Sangat berbaloi ikut trip ni.. kami ' enjoy' sgt.. banyak pengalaman dan pembelanjaran yg dapat kami terokai.. selain tempat2 yg terdapat dlm itinery.. kami jgk dpt pergi ke tempat yg mmg langsung tak pernah dengar.. seperti ' Air Tigo Raso' tu... mmg awesome.. layanan dan penerangan nya mmg terbaik..
Baru teringat nak bagi review, saya dan keluarga ikut trip ke Yunan, China pada 14 hingga 20 Jun 2025, alhamdulillah, boleh di katakan sepanjang ikut trip ini daripada semua segi terbaik, maknan, layanan, pengangkutan dan penginapan. Semoga perkhidmatan terbaik ini di kekal kan. ❤️
Pakej ke Hanoi, Sapa dan Ha Long Bay yang menarik dan menyeronokkan bersama sahabat-sahabat baru yang mesra dan riuh dengan gelak ketawa. Semuanya diatur dengan sempurna dan berjalan lancar dari awal hingga akhir. Pemandu pelancong Vietnam dan ketua group Al Alamiyyah sangat prihatin dan membantu serta mesra. Waktu solat terjaga. Sangat disyorkan!