AL ALAMIYYAH TAVEL
Al Alamiyyah Travel & Tours adalah sebuah travel agency dari Malaysia yang menyediakan pelbagai pakej travel antarabangsa dari Malaysia ke destinasi menarik di seluruh dunia.
Kami memberi fokus kepada Premium Small Group Tours dengan pengalaman perjalanan yang lebih selesa, teratur dan berkualiti. Kebanyakan pakej yang ditawarkan oleh Al Alamiyyah Travel direka khas dengan custom travel itinerary, di mana setiap perjalanan dirancang dengan teliti bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan pengalaman travel yang lebih bermakna.
Salah satu keunikan pakej Al Alamiyyah ialah itinerary yang mesra warga emas dan sesuai untuk semua peringkat umur. Susunan perjalanan dirancang supaya tidak terlalu penat, dengan masa lawatan yang lebih seimbang serta penginapan yang selesa.
Selain itu, kebanyakan pakej travel kami adalah All-Inclusive Travel Packages, di mana hampir semua kos perjalanan telah dimasukkan dalam harga pakej seperti penginapan hotel, pengangkutan, lawatan tempat menarik, entrance fee serta makanan sepanjang perjalanan.
Ini bermakna pelanggan biasanya hanya perlu membawa perbelanjaan untuk shopping atau kegunaan peribadi, tanpa perlu risau tentang caj tambahan sepanjang perjalanan.
Untuk pakej tertentu seperti China Tours, Al Alamiyyah Travel juga tidak mengamalkan compulsory shopping stops, supaya pelanggan dapat menikmati perjalanan dengan lebih santai tanpa tekanan untuk membeli-belah di kedai tertentu.
Sebagai sebuah travel agency Malaysia yang memberi fokus kepada pengalaman perjalanan berkualiti, kami juga menyediakan pelbagai jenis pakej seperti:
Premium Small Group Tours
Private Tours untuk keluarga dan kumpulan kecil
Private Umrah Packages
Custom Travel Itinerary
Walaupun harga pakej Al Alamiyyah Travel mungkin kelihatan sedikit lebih tinggi berbanding sesetengah pakej lain di pasaran, namun ia dirancang dengan konsep premium travel experience yang menitikberatkan keselesaan, pengalaman dan kualiti perjalanan.
InsyaAllah, kebanyakan pelanggan yang menyertai trip bersama Al Alamiyyah Travel akan merasakan bahawa pengalaman perjalanan yang diterima adalah sangat berbaloi dan memuaskan.
Kami percaya bahawa setiap perjalanan bukan sekadar lawatan ke destinasi baru, tetapi satu pengalaman yang meninggalkan kenangan indah sepanjang hayat.
Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan, Al Alamiyyah Travel komited memberikan pengalaman travel yang selesa, selamat dan penuh kenangan.