Surau Al-Uzma, merupakan sebuah surau yang terletak di Fasa 9, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor Darul Ehsan. Surau ini berada di bawah Kariah Masjid Kg Rinching Hulu. Kariah Surau Al-Uzma adakah meliputi penduduk Fasa 9A, Fasa 9B, Fasa 9C, Fasa 9 Teratai dan Fasa 10 Camelia.
Fokus utama Surau Al-Uzma adalah untuk menjadikan surau sebagai zon aman untuk beribadah dan mengadakan aktiviti pembangunan ummah. Ia juga untuk memastikan seluruh ahli kariah Fasa 9 dan Fasa 10 Bandar Tasik Kesuma berada dalam keadaan baik dan selesa untuk beribadah dan mengadakan program-program pengimarahan serta ilmiah dari pelbagai peringkat umur masyarakat.
Melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap surau dengan pelbagai aktiviti dan program pengimarahan kepada semua lapisan masyarakat kerana Allah S.W.T.
Melahirkan jemaah surau di dalam kariah Fasa 9 dan Fasa 10 Bandar Tasik Kesuma yang terbaik, cekap, menjadi contoh dan diredhai Allah S.W.T.
Hakcipta Terpelihara 2020 @ Surau Al-Uzma
aluzma.4u@gmail.com