Keahlian terbuka kepada Muslimin dan Muslimat warganegara Malaysia yang bernaung di bawah kariah Surau Al-Uzma, Bandar Tasik Kesuma, Beranang sama ada pemilik mahupun penyewa rumah.
Tanggungan ahli yang layak untuk didaftarkan adalah suami dan isteri, anak-anak dibawah tanggungan yang belum berkahwin serta ibu bapa yang bermaustatin dan tinggal bersama.
Sebarang pertambahan ahli keluarga yang tinggal bersama mestilah dimajukan kepada jawatankuasa khairat kematian dengan mengisi borang tertentu.
Bagi tujuan pendaftaran, salinan kad pengenalan atau passport bagi tanggungan bukan warganegara serta surat beranak ahli dan setiap tanggungan perlulah disertakan.
Yuran pendaftaran keahlian baharu sebanyak RM 20 dan yuran tahunan dikenakan sebanyak RM 30. Yuran tidak akan dikembalikan jika keahlian tamat.
Peruntukan sebanyak RM 1,500 akan diberikan kepada pihak waris apabila berlaku sesuatu kematian dimana RM 1,100 adalah merupakan kos pengurusan dan baki RM 400 adalah sebagai hibah.
Pengeluaran akan dilakukan pada kadar segera dengan syarat pihak waris perlu mengemukakan bukti pengesahan yang berkaitan iaitu permit kubur dan kad keahlian.
Urusan pembayaran dan pengurusan jenazah perlu diuruskan oleh pihak urusetia.
Jika kematian berlaku di luar kawasan Bandar Tasik Kesuma dan jenazah telah selamat diuruskan, pihak waris bolehlah membuat tuntutan jumlah pengeluaran tabung khairat dengan menyertakan bukti pengesahan.
Bagi kes kematian serentak yang melibatkan jumlah yang ramai dan melebihi dari 3 orang, seperti kemalangan yang melibatkan sekeluarga, had maksima yang boleh dikeluarkan adalah sebanyak RM 3,000 sahaja dan ditambah dengan pemberian hibah sebanyak RM 400 setiap orang kepada waris.
Bagi kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan ke bawah, kos pengurusan adalah sebanyak RM 700. Manakala bagi bayi, kos pengurusan adalah sebanyak RM 500, ini termasuk juga kes keguguran yang cukup sifatnya.
Keahlian akan terbatal sekiranya seseorang ahli itu didapati tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Tiga (3) kali notis melalui surat makluman akan dikeluarkan kepada ahli yang tidak menjelaskan yuran sebelum keahlian terbatal.
Apabila berlaku kematian pada mana-mana ahli keluarga yang berdaftar, pihak Jawatankuasa Badan Khairat Kematian akan memberi sumbangan bagi urusan pengurusan jenazah seperti :
Pengurusan kain kafan, kelengkapan kain kafan, papan lahat, pengurusan solat jenazah dan imam, urusan di tanah perkuburan dan bacaan talkin.
Apabila berlaku kematian, ahli/waris boleh menghubungi AJK berikut untuk urusan selanjutnya :
Hj Noor Rashid bin Abu Bakar (PENGURUSI BKK) : 013-2184878
Ustaz Muhd Emre bin Abdul Razak (PENGURUSI SURAU) : 019-6940898
En Sabri bin Amin (T.PENGERUSI BKK) : 012-3571140
En Khairul Fadhly bin Mesbah Hudin (SU BKK) : 019-3560076
En Zamri bin Awang (BENDAHARI BKK) : 019-2615914
Pn Azizah binti Ahmad (AJK) : 011-37724123
Pn Suryani binti Bahri (AJK) : 016-2863087
Pn Kalsom binti Ahmad (AJK) : 011-23258943
ANGGARAN PERBELANJAAN PENGURUSAN JENAZAH
1. Pengurusan Perkuburan - RM 330 hingga RM 350
2. Pengurusan Mandi dan Kafan - RM 100
3. Kain Kafan Lelaki/Wanita - RM 200
4. Papan Lahat - RM 70 hingga RM 80
5. Saguhati Imam Solat Jenazah dan Talkin - RM 100
6. Kadar Sewaan Van Jenazah (pergi dan balik) :
a. Dalam lingkungan 25 km dari masjid/surau - RM 80
b. Jarak 25 km dan ke atas dari masjid/surau - RM 1.50 setiap km