Perkembangan dalam penyelidikan AI telah memberi 1001 manfaat kepada kehidupan manusia. Antaranya:
Doktor pakar memerlukan beberapa minit mengesan kanser. Namun AI dapat mengesan dengan serta merta! (1)
Hanya RM2,000, kepakaran AI mengawal kapal terbang diudara mengalahkan pilot yang berpengalaman bergaji puluhan ribu! (2)
Kereta tanpa pemandu (autonomous car) membantu mengurangkan kemalangan maut (seperti kecuaian pemandu & mengantuk) (3)
Robot tutor membantu meningkatkan kefahaman dan nilai dengan lebih berkesan (4)
Google Translate mampu menterjemah teks atau gambar pelbagai bahasa (5)
CCTV yang boleh mengecam profil penjenayah (6)
Pernah dapat iklan masa membeli dalam shopee atau menonton YouTube? AI telah mengenalpasti data personaliti anda!(7)
Robot Cleaner murah dan membantu kerja dirumah (8)
Di atas ini merupakan sebahagian besar contoh penggunaan teknologi AI telah lama wujud pada hari ini. Bagaimanapun, produk AI berkenaan merupakan AI pada tahap paling asas (Artificial Narrow Intelligence) yang terhad hanya melakukan sesuatu tugasan yang mudah dan ringkas.
Namun, jika AI ini diluar kawalan, ianya pasti mengejutkan! Sila ke bahagian keburukan AI.
Klik LINK ini untuk mengetahui apa itu AI.
Klik LINK ini untuk mengetahui keburukan AI.
Klik LINK ini untuk mula menjawab Soal Selidik Kajian Awal - Versi BM / English Version.
Rujukan