Sehingga ke hari ini, belum ada mana-mana garis panduan yang selari berkaitan dengan etika penghasilan teknologi AI. Bagaimana, terdapat beberapa usaha diperingkat global untuk mengawal selia dan memberikan garis panduan berkaitan dengan pembangunan teknologi AI.
Laporan 100 Year Study on Artificial Intelligence dari Stanford Universiti telah diterbitkan pada 2016 telah mengesyorkan bahawa etika, privasi dan keselamatan mestilah ditangani dengan baik untuk memastikan manfaat teknologi AI dapat disebarluaskan memandangkan AI mula terlibat dalam kehidupan manusia dalam pelbagai dimensi (1). Peraturan yang disediakan memberi garis panduan kepada pembangun AI untuk menghormati hak manusia, kebajikan pelbagai pihak dan undang-undang.
Kerajaan United Kingdom turut memperkenalkan peraturan dan kawalan berkaitan dengan AI (2). Terdapat lima prinsip teras yang telah digariskan iaitu, AI perlu dibangunkan untuk kepentingan umum dan manfaat manusia; AI beroperasi dalam parameter kecerdasan dan keadilan; AI tidak boleh digunakan untuk mengurangkan privasi atau hak data individu, keluarga atau komuniti; semua individu harus mempunyai hak untuk dididik dan berkembang bersama AI; & menentang penggunaan AI sebagai robot pemusnah dengan autonomi untuk mencederakan, memusnahkan atau menipu manusia.
Kesatuan Eropah sebelum ini juga meminta maklum balas mengenai draf garis panduan mengenai AI dan mereka telah pun berjaya menyediakan draft pertama garis panduan berkeaan (3). Dalam dokumen berkenaan, 52 orang pakar dari pelbagai latar belakang telah menetapkan bagaimana pembangun dan pengguna perlu memastikan AI menghormati hak asas, peraturan dan prinsip teras yang berkaitan, dan bagaimana teknologi boleh dibuat secara tekal dan boleh dipercayai.
Di Amerika Syarikat, Pusat CARR untuk Hak Asasi Manusia yang merupakan pusat penyelidikan di Kennedy School of Government di Harvard University sedang giat membentuk draft polisi demi melindungi hak dan keselamatan manusia (4). Dokumen berkenaan cuba menghuraikan bagaimana cara untuk melindungi kehidupan manusia dengan tidak mengehadkan perkembangan dalam penyelidikan AI.
Klik LINK ini untuk mengetahui apa itu AI.
Klik LINK ini untuk mengetahui kebaikan AI.
Klik LINK ini untuk mengetahui keburukan AI.
Klik LINK ini untuk mula menjawab Soal Selidik Kajian Awal - Versi BM / English Version.
Rujukan