Kompilasi Inovasi Pendidikan Pahang 2020-2023
Kapsul Kreatif Pendidikan Pahang merupakan sebuah buku yang menghimpunkan inovasi guru-guru negeri Pahang yang telah dipertandingkan dalam Pertandingan Anugerah Guru Inovatif (AGI) Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang. Pertandingan AGI merupakan platform yang memberi peluang kepada semua guru di negeri Pahang menonjolkan kreativiti dan inovasi masing-masing dalam PdP. Buku ini mengandungi pelbagai jenis inovasi yang terdiri daripada pelbagai bidang dan kemahiran. Buku ini juga boleh menjadi rujukan kepada warga pendidik yang berminat untuk memulakan inovasi.
Sebarang pertanyaan berkaitan buku, boleh hubungi Jawatankuasa Anugerah Guru Inovatif Pahang atau Mentor Inovasi di semua PPD negeri Pahang.