ANUGERAH GURU INOVATIF (AGI)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
SK Janda Baik, Bentong Pahang
Tempat Pertama
Anugerah Guru Inovatif Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke- 53
Kategori Individu Sekolah Rendah
SK Mahmud, Raub Pahang
Tempat Pertama
Anugerah Guru Inovatif Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke- 52
Kategori Individu Sekolah Rendah
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN, PAMERAN INOVASI & 3 MINUTE PITCHING DALAM PdP DALAM ZON TIMUR 2024
Tarikh: 25 - 26 Februari 2024
Tempat: IPGM Kampus Dato' Razali Ismail, Terengganu
Pencapaian:
Pertandingan Inovasi (Pameran Terbaik) - Johan Kumpulan SR dan SM
Pertandingan Inovasi (3 Minute PdP) - Johan Individu Pra, SR dan SM
Kajian Tindakan (Penulisan Artikel Terbaik) - Johan Kumpulan SM
Bengkel Kerja Pendokumentasian Penulisan Inovasi Guru-guru Inovatif Negeri Pahang Tahun 2024
Tarikh: 10 - 11 Jan 2024
Tempat: Bilik Mesyuarat, SK Chengal Lempong
Sesi pemurniaan koleksi penulisan projek inovasi guru-guru peserta AGI Negeri Pahang dari tahun 2020 - 2023 bersama jawatankuasa kerja.
Seminar Pembentangan Projek
Anugerah Guru Inovatif Negeri Pahang Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 Fasa 2
Tarikh: 04 Jan 2024
Tempat: Auditorium, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Pembentangan projek AGI bagi memilih yang terbaik dari yang terbaik untuk mewakili negeri Pahang bagi kategori Individu Sekolah Rendah dan Kumpulan. Perasmian penutupan seminar ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Tn Hj Mohd Azmi bin Othman.
Seminar Pembentangan Projek
Anugerah Guru Inovatif Negeri Pahang Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 Fasa 1
Tarikh: 12 Dis 2023
Tempat: Auditorium, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Pembentangan projek AGI bagi memilih yang terbaik dari yang terbaik untuk mewakili negeri Pahang bagi kategori Individu Prasekolah dan Individu Sekolah Menengah. Perasmian penutupan seminar ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran, Tn Hj Abdul Rahim bin Mohd Yunus.
Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Anugerah Guru Inovatif Negeri Pahang Tahun 2023
Tarikh: 14 Sept 2023
Tempat: Auditorium, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Seminar ini mengumpulkan guru-guru peserta Pertandingan AGI Negeri Pahang Tahun 2023 untuk membuat perkongsian amalan terbaik dalam PdP, iaitu inovasi yang telah dinobatkan sebagai pencapaian emas dalam kategori masing-masing.