ANUGERAH GURU INOVATIF (AGI)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

BULETIN ANUGERAH GURU INOVATIF NEGERI PAHANG

Bengkel Kerja Pendokumentasian Penulisan Inovasi Guru-guru Inovatif Negeri Pahang Tahun 2024

Tarikh: 10 - 11 Jan 2024

Tempat: Bilik Mesyuarat, SK Chengal Lempong

Sesi pemurniaan koleksi penulisan projek inovasi guru-guru peserta AGI Negeri Pahang dari tahun 2020 - 2023 bersama jawatankuasa kerja.

Seminar Pembentangan Projek
Anugerah Guru Inovatif Negeri Pahang Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 Fasa 2

Tarikh: 04 Jan 2024

Tempat: Auditorium, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Pembentangan projek AGI bagi memilih yang terbaik dari yang terbaik untuk mewakili negeri Pahang bagi kategori Individu Sekolah Rendah dan Kumpulan. Perasmian penutupan seminar ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Tn Hj Mohd Azmi bin Othman.

Seminar Pembentangan Projek
Anugerah Guru Inovatif Negeri Pahang Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 Fasa 1

Tarikh: 12 Dis 2023

Tempat: Auditorium, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Pembentangan projek AGI bagi memilih yang terbaik dari yang terbaik untuk mewakili negeri Pahang bagi kategori Individu Prasekolah dan Individu Sekolah Menengah. Perasmian penutupan seminar ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran, Tn Hj Abdul Rahim bin Mohd Yunus.

Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Anugerah Guru Inovatif Negeri Pahang Tahun 2023

Tarikh: 14 Sept 2023

Tempat: Auditorium, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Seminar ini mengumpulkan guru-guru peserta Pertandingan AGI Negeri Pahang Tahun 2023 untuk membuat perkongsian amalan terbaik dalam PdP, iaitu inovasi yang telah dinobatkan sebagai pencapaian emas dalam kategori masing-masing.