Aktiviti & Program

2023

Kursus Pembangunan Staf Teknikal FABU Siri 1, 2023 

Kursus ini adalah anjuran Jawatankuasa Pembangunan Staf Teknikal FABU yang diadakan di dalam Makmal Pentadbiran & Pembangunan Tanah pada 13 & 14 Ogos 2023 bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Kursus Pembangunan Staf Teknikal FABU Siri 1, 2023 ini adalah untuk memberi pengenalan kepada peserta berkenaan GIS dengan menggunakan aplikasi QGIS. Ts Gs Dr. Azman bin Ariffin & Ts Gs Dr. Mohammad Zakri bin Tarmidi telah dilantik menjadi penceramah dan fasilitator untuk kursus ini. Seramai 27 orang peserta telah menyertai kursus ini yang melibatkan staf makmal FABU.

2022

Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) Unit Pengurusan Makmal Fakulti Alam Bina dan Ukur

Bengkel ini adalah anjuran Unit Pengurusan Makmal Fakulti Alam Bina dan Ukur (UPMFABU) yang di adakan di dalam Makmal Fotogrametri & Remote Sensing pada 8 & 9 November 2022 bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Bengkel ini adalah bertujuan untuk menyediakan dan mengemaskini MPK UPM FABU yang melibatkan prosedur-prosedur dan carta alir aktiviti makmal. Seramai 16 orang staf yang terlibat didalam bengkel ini terdiri daripada Pembantu Penyelaras, Staf Makmal dan Unit Kewangan Fakulti.

Audit Negara 2022

Audit Negara 2022 ke makmal-makmal Fakulti Alam Bina dan Ukur telah dijalankan pada 7 November 2022 yang lepas. Audit ini melibatkan 7 buah makmal yang menerima komputer dan UPS baru menggunakan bajet Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Makmal yang terlibat adalah Studio Komputer Senibina, Studio Komputer Senibina Landskap, Makmal Komputer Ukur Bahan, Studio Komputer Perancang Bandar & Wilayah, Makmal Pengangkutan & Logistik, Makmal Kajian Perbandaran dan Makmal Ahris Yaakup. 4 orang Auditor telah datang ke makmal yang terlibat untuk membuat semakan dan audit peralatan yang diterima.

Bengkel Pembangunan Google Sites Makmal Fakulti Alam Bina dan Ukur

Bengkel ini adalah anjuran Unit Pengurusan Makmal Fakulti Alam Bina dan Ukur (UPMFABU) yang diadakan di Makmal Kartografi dan GIS 2 pada 11 Oktober 2022 bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Bengkel ini adalah bertujuan untuk membangunkan Google Sites Makmal FABU selaras dengan projek Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) yang dijalankan oleh kumpulan FABUlous yang lepas. Bengkel ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada staf makmal yang masih belum mahir untuk mengemaskini Google Sites makmal masing-masing. Keperluan untuk mengemaskini Google Sites makmal amatlah penting sebagai rujukan kepada pensyarah dan pelajar yang ingin menggunakan khidmat makmal FABU.

Bengkel Pemantapan Pengurusan Makmal Fakulti Alam Bina dan Ukur

Bengkel ini adalah anjuran Unit Pengurusan Makmal Fakulti Alam Bina dan Ukur (UPMFABU) yang diadakan di Hotel Ramada Meridin, Nusajaya Johor Bahru pada 29 & 30 Ogos 2022 bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Pelaksanaan bengkel selama 2 hari ini diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi sistem pengurusan makmal FABU seperti mengemaskini Manual Prosedur Kerja (MPK) Pengurusan Makmal, membincangkan potensi projek-projek dan idea inovasi oleh staf makmal, mengemaskini Google Sites setiap makmal selaras dengan projek Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) yang lepas dan lain-lain perkara yang berkaitan makmal FABU.

2021

Program Perkongsian Ilmu (Asas Ukur Kadaster Untuk Pembantu Jurukur)

Program ini adalah program perkongsian ilmu dari staf sokongan FABU yang diadakan pada 21 & 22 Mac 2021 yang lepas. Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Makmal FABU, Prof. Madya Sr Dr. Mohd Saidin bin Misnan dan diikuti perkongsian ilmu oleh beberapa orang staf teknikal iaitu Encik Anuar bin Aspuri, Encik Azis bin Ahmad dan Encik Maszalan bin Selamat. Seramai 13 orang peserta terlibat dengan program ini yang terdiri daripada staf teknikal FABU. Melalui program ini, peserta dapat memurnikan lagi ilmu pengetahuan Ukur Kadaster bagi yang terlibat dengan amali pengukuran. Bagi peserta yang tidak terlibat dengan amali padang bersama pelajar, peserta dapat memperolehi ilmu pengukuran sempadan lot dengan kaedah yang lebih cepat. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan komputer, web ebiz JUPEM dan Google Earth dalam mendapatkan maklumat tanah yang hendak diukur. 

Program Khidmat Masyarakat

Program ini telah diadakan pada 25 Mac 2021 yang lepas bertempat di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Ulu Choh. Seramai 18 orang peserta yang terlibat dengan program ini yang bertujuan untuk mengukur sempatan lot tanah perkuburan bagi membantu pembangunan dan perancangan masa depan untuk penduduk setempat. Gambar pertama menunjukkan hasil pengukuran sempadan dan pengimejan kawasan rezab kubur yang telah dilaksanakan semasa program. 

Latihan / Demonstrasi Alat Building Wind Tunnel

Makmal Sains Bangunan dengan kerjasama pembekal SNH Technik Solution telah mengadakan latihan / demonstrasi penggunaan alat Building Wind Tunnel pada 16 Mac 2021 yang lepas bertempat di Bilik Mesyuarat 4, B11 di mana alat ditempatkan. Tenaga pengajar terdiri daripada pembekal SNH Technik Solution iaitu Encik Mohd Najib bin Khalib dan Encik Mohd Azlan bin Abdul Manaf. Seramai 9 orang peserta terlibat dengan latihan ini yang terdiri daripada pelajar, staf bertanggungjawab dan pensyarah Senibina. Melalui latihan ini, peserta didedahkan dengan latihan dan operasi alat tersebut.