Pendaftaran boleh klik di sini.
PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN MORAL, SIVIK & KARAKTER.
SYARAT PENYERTAAN:
1. Kelayakan Penyertaan dan Kategori:
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dan institut pengajian tinggi.
Penyertaan adalah secara berkumpulan seramai tiga orang peserta.
Produk idea/inovasi adalah terbuka untuk semua matapelajaran disekolah/kursus di IPT.
2. Mod Pertandingan dan Pameran
Pertandingan dijalankan secara bersemuka.
Setiap kumpulan akan disediakan:
· Sebuah meja berukuran 3 x 2 kaki
· Dua (2) buah kerusi
· Satu panel paparan berukuran 3 x 6 kaki
Bahan paparan dan susun atur adalah berdasarkan kreativiti peserta, namun mestilah tidak melebihi ruang yang disediakan.
3. Sinopsis Inovasi
Setiap penyertaan perlu menghantar sinopsis inovasi sepanjang 150 hingga 250 patah perkataan dalam format Microsoft Word (softcopy).
Sinopsis tersebut perlu dimuat naik melalui google form yang telah disediakan.
4. Jenis dan Perlaksanaan Inovasi
Produk idea/inovasi adalah dalam bentuk prototaip atau digital.
Produk idea/inovasi yang ditunjukkan harus menerapkan elemen nilai moral atau nilai sivik dan kewarganegaraan atau nilai pendidikan karakter.
Peserta perlu menunjukkan kegunaan produk idea/inovasi penyertaan semasa penjurian.
5. Poster Inovasi
Peserta perlu menyediakan poster ringkas mengenai idea/inovasi produk.
Kandungan poster adalah seperti berikut:
a. Nama produk idea/inovasi
b. Objektif produk
c. Kegunaan produk (contoh: penilaian, aktiviti pengajaran dan pembelajaran)
Peserta diminta mengisi borang pendaftaran di SINI.
Rubrik pemarkahan inovasi boleh klik di sini.