Annona muricata

(Durian Belanda)


Taman Rekreasi Paya Bakau Kg. Sijangkang


ID No.: 2

Nama Saintifik/ Scientific Name: Annona muricata

Nama Tempatan/ Local Name: Durian Belanda

Famili/ Family: Annonaceae


Ciri morfologi: Pokok buah ini jenis malar hijau. Ia boleh tumbuh mencapai setinggi 9.1 meter. Batang-batangnya mempunyai bulu halus semasa muda. Dedaunnya berbentuk bujur dengan panjang 8-16 sm dan 3-7 sm lebar berkulit licin di atas dari tangkai panjang antara 4-13 mm. Bunga pokok muncul setentang daun atau dari ketiak daun pokok sendiri dua atau tiga kuntum setangkai berkayu antara 2-5 mm panjang kelopak-kelopaknya tebal berbentuk bujur meruncing di pangkal dan berwarna kekuningan. Buah hasil senyawaan bunga-bunga tersebut membesar sehingga 30 sm panjang dengan kulit tegap berduri mirip durian sedikit tumpul. Isinya keputihan dan ranum mengeluarkan wangian sendiri serta memiliki banyak biji. Isi buah ini boleh mempunyai rasa manis dengan kandungan gula semulajadi. Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah

This fruit tree is an evergreen type. It can grow to a height of 9.1 meters. The stems have fine hairs when young. The leaves are oval in shape with a length of 8-16 cm and 3-7 cm wide with smooth bark on top of a long stalk between 4-13 mm. The flowers of the tree appear about the leaves or from the axils of the leaves of the tree itself, two or three buds on a woody stalk between 2-5 mm long, the petals are thick, oval, tapering at the base and yellow in colored. The fruit of the compound of the flowers grows up to 30 cm long with a sturdy, thorny skin resembling a slightly blunt durian. The contents are whitish and emit its own fragrance and have many seeds. The filling of this fruit can have a sweet taste with natural sugar content. This trees usually grow at sea level up to the lower montane.


Kegunaan: Buahnya boleh dimakan dan boleh dibuat jus. The fruit is edible and can be made into juice.

Julat geografi: Ianya berasal di kawasan-kawasan tropika merangkumi selatan Mexico melalui Caribbean sampai ke utara Amerika Selatan, ia merupakan antara tumbuhan terawal disebarkan oleh pelayar barat di Asia Tenggara. Originally distributed in tropical regions spanning southern Mexico through the Caribbean to northern South America, it was one of the earliest plants spread by Western navigators to Southeast Asia



Prepared by Institute of Tropical Forestry and Forest Products (INTROP), UPM

Taman Rekreasi Kg sijangkang