Ilustrasi Anjung Putra merupakan lakaran mercu tanda Universiti Putra Malaysia. Ia menjadi lambang kebanggaan setiap warga UPM.
Garisan Tapak berbentuk melengkung merupakan simbolik kepada rupa bentuk tanah UPM dan berkait rapat dengan alam semulajadi.
Tipografi 'EKSA UPM’ jenis font Carbon dicondongkan ke kanan menunjukkan halatuju dinamik universiti yang sentiasa bergerak maju ke hadapan dalam melaksanakan sistem amalan EKSA.
‘Imej Daun Palma’ yang sinonim sebagai ikon UPM melambangkan persekitaran kerja kondusif yang menyokong kepada kelestarian hijau.
“Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti “
Peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif
Melaksanakan tugas dengan cekap, berkesan dan lebih produktif.
Melaksanakan tugas dengan cekap, berkesan dan lebih produktif.
Membina budaya dan nilai kerjasama yang cemerlang.
Meningkatkan imej korporat.
Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi.
Menggalakkan aktiviti pembudayaan Amalan Kelestarian Hijau. Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
Meningkatkan motivasi dan disiplin. Memupuk semangat berpasukan.
Memupuk sikap bertanggungjawab. Mengamalkan penambahbaikan secara berterusan.
"Kami pekerja UPM komited mengamalkan budaya organisasi berprestasi tinggi melalui penyediaan persekitaran kerja kondusif serta budaya kerja berinovatif dan kreatif dengan berteraskan amalan hijau."
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan UPM termasuklah Sistem Pengurusan ISO, Piagam Pelanggan, Pengurusan Lean, Inovasi Perkhidmatan, Kumpulan Inovatif dan Kreatif dan sebagainya. Seiring dengan usaha-usaha ke arah transformasi perkhidmatan awam, UPM komited memantapkan pengurusan persekitaran tempat kerja ke arah peningkatan imej dan profesionalisme.
EKSA yang telah diperkenalkan mulai Januari 2014 adalah penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam, dan merupakan salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa yang sentiasa menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
Pada peringkat UPM, EKSA juga merupakan salah satu daripada kriteria penilaian bagi Penarafan Bintang PTJ.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen-elemen baharu iaitu:
Imej Korporat;
Kreativiti dan Inovasi;
Amalan Hijau; Persekitaran Kondusif; dan Kepelbagaian Agensi.