“Bibliotherapy is a therapeutic approach employing books and other forms of literature, typically alongside more traditional therapy modalities, to support a patient’s mental health.” Psychology Today
Portal Biblioterapi ini ialah sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan bahan bacaan sebagai medium terapi diri. Di ruangan ini kami percaya bahawa setiap kata, setiap ungkapan memiliki kekuatan untuk menyembuhkan. Melalui bacaan yang penuh makna, anda dapat menemukan ketenangan, memahami emosi, dan mengembalikan semula harapan yang hampir hilang. Portal ini hadir sebagai ruang refleksi dan pemulihan di mana literasi bertemu dengan empati, dan membaca menjadi perjalanan menuju keseimbangan rohaniah.
Bolehkah buku yang anda baca benar-benar dapat mengubah pemikiran dan perasaan anda? Biblioterapi sememangnya percaya bahawa melalui pembacaan , dapat membantu pesakit memahami perspektif selain daripada perspektif mereka sendiri. Biblioterapi juga boleh diaplikasi kepada semua lapisan umur seperti kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua.