PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1
JAWATAN
GRED
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
Pembantu Kemahiran
H1
RM1,500.00
RM4,680.00
RM100.00
Klasifikasi Perkhidmatan
: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan
: Pelaksana
Taraf Jawatan
: Tetap
Pusat Tanggungjawab (PTj)
: Pusat TVET
PUSAT TANGGUNGJAWAB
BIDANG
SYARAT KHAS
Pusat TVET
Mekanikal
1. Mempunyai kemahiran teknikal & pengetahuan asas mekanikal (contoh: mesin, enjin, sistem hidraulik/pneumatik, CAD).
2. Berpengalaman mengendalikan mesin CNC adalah satu kelebihan.
3. Mempunyai pengalaman pengendalian peralatan bengkel (lathe, milling, welding, dsb). Boleh membaca lukisan teknikal & spesifikasi.
SYARAT LANTIKAN:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil
Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00); atau
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil
Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).
2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(a) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.